Friday, June 10, 2011

kena cekik

Kena sumpah.

Itu memang menakutkan. Apatah lagi kalau disumpah kecelakaan dalam hidup. Lebih pula kalau sumpah itu secara kebetulan membawa kematian. Kebetulan yang ditakdirkan.

Mak ingat lagi Wak di Batu Laut tu. 

Emak terus mengopek buah, sambil saya perhatikan jari jemari emak yang sudah kematu dan berkedut seribu.

Memang banyak wak di daerah Kuala Langat, Selangor. Yang perempuan di panggil wak, yang lelaki juga digelar wak.

Kerjanya memetik buah kelapa. Entah macamana terpikat dengan seorang janda, dan kisahnya dihidu oleh isterinya. Sebelum isterinya itu mati sebab kanser, isterinya bersumpah akan mencekik suaminya jika beliau kahwin juga dengan janda tersebut.


Saya sudah terbayang hantu 'Mak Limah', mencakar-cakar dinding rumah, cuba masuk hendak mencari leher suaminya. Dengan mata bulat hitam keliling dan pastinya berbaju putih mengerbang tidak berjahit, pasti tragis dan mengerikan jika mati dicekik begitu. Aduii... terasa ketat leher saya pulak, tiba-tiba.


Bila isterinya mati, seperti yang diduga, wak tu pun kahwin dengan janda tersebut.  Pause . Akak tau...?


Bijak...bijak emak mewujudkan unsur  suspense dalam penceritaannya.

Tak.


3 hari lepas dia kahwin, mati si wak tu...


Kena cekik ke?


Tak, pokok kelapa yang dia panjat tu, tumbang, dia mati terhempap. Mati kat situ jugak...


Tak tengok leher dia ke?


Entah, mak pun tak tahu... 


Patutnya, tengok leher dia kan mak, ada kesan lebam kena cekik tak.. 


Perangai saya memang tak boleh diubah. Emak tertawa kecil.

sumber


Moral of the story?

Lain kali kalau bini tak bagi kahwin dengan si A, janganlah.... kahwinlah dengan si B atau si C sahaja.

Salam Jumaat.

*bersedih hendak meninggalkan emak di kampung dan kembali ke KL

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. salam kak,
    cerita pasal wak ni banyak versinya.. yang penting tang moral of the story tu.. :D

    ReplyDelete
  2. salam kak...mula2 rasa seram, kemudian lucu pulak kat akhir tu...hehe

    ReplyDelete
  3. ..aSSAlamualaikum sis:)

    seronok baca citer wak nii..
    hilang boring duk lam kete..on d way balik ni sis!!

    :):)

    ReplyDelete
  4. panggilan Wak pada saya masih baru...tu pun sebab kawen ngan org jawa baru saya tau...hehe

    ReplyDelete
  5. kalau sumpah semuanya menjadi...habis lah manusia kat dunia ni kena makan sumpah..kalau tak puas hati sikit..sumpah...letih cam tu..

    ReplyDelete
  6. @MD TAKRIM

    alhamdulillah
    moga Allah beri kesihatan yang baik buat dia

    ReplyDelete
  7. @Papa Mifz

    gitulah ya, wak.
    dah dapat title wak ya

    ReplyDelete
  8. @abadi romeo

    memang penat kena sumpah je..
    tapi kalau nak sumpah, sumpahlah benda2 baik, jadi kaya ke, makin muda ke... kan

    ReplyDelete
  9. Bahaya gak ni sumpah-sumpah kan? Manatau jadi betul-betul. :)

    ReplyDelete
  10. SALAM,
    TAKUT DIHEMPAP POKOK DURIAN !

    ReplyDelete
  11. kenapa la cikgu tak sumpah saya jadi orang yang berjaya....kan dapat pahala tu

    hahaha

    ReplyDelete
  12. cikgu taknak ulas ke pasal isu kelab taat suami?

    ReplyDelete
  13. kahkahkahkah!!ending story ni lawak.sempoi ur mom bercerita

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.