Pasti orang yang sekadar mendengar dan orang yang menghadapi kisah kematian insan yang rapat dengannya punya rasa yang sangat berbeza. Semua pun tahu, setiap hari pasti ada yang akan menerima ujian tentang kematian. Bila mana insan tersayang diambil rohnya mengadap Tuhan Rabbul Jalil. Perasaan hiba berkecamuk dalam dada, dan rindu dendam yang tidak sudah akan membelit rasa serta jiwa.
Walau kita tahu, kita sebenarnya tidak memilik sebarang benda pun di dunia ini, hatta badan yang membalut nyawa ini juga milik Allah, serta semua ini hanyalah pinjaman sahaja; yang bermakna, bila-bila masa sahaja tuannya inginkan, kita perlu pasrah dan reda sahaja memulangkan semula, tetap.... tetap ada kala kita bertanya kenapa kita yang diuji? Kenapa kasih cinta kita yang diambil dulu nyawanya?
Kenapa?
Mudah sahaja meminta insan lain bersabar. Hakikatnya kesabaran itu seolah batu besar yang menghimpit , menyesakkan dada dan menyukarkan sekali.
Namun ajaibnya kasih Allah, andai reda itu bertapak, hati yang terhimpit itu pasti menjadi kuat dan tabah. Tidak sedikit contoh yang dapat kita lihat. Kesedihan dan kerinduan tidak hilang, tetapi semangat meneruskan kehidupan tetap terus kuat dan teguh.
Bagi yang sedang dirundung duka, moga Allah menyisipkan rasa tenang di hati dan diberi kuat untuk mengatur langkah semula. Tidak kiralah apa ujian yang sedang kita lalui, moga ia meningkatkan iman di dada.
Salam Jumaat.
~cikgunormah@klcitizen~
ramai pulak yang update ala-ala tazkirah hari ni.. ;P
ReplyDeleteJemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
salam cikgu,
ReplyDeletelazimnya begitulah. sekiranya bahu orang yang memikul kita mudah mengatakan sabar. tapi bila terpaksa memikulnya sendiri baru dapat merasakan bahawa betapa beratnya ujian itu.