Eh, tak sihat ke?
Lain macamlah nampak sekarang. Dari belakang dah tak macam Normah dah....
Stress sungguh lah hari ini. Bukan stress sebab beban mengajar. Tidak. Mengajar tu kan sudah macam makan nasi, kunyah-kunyah, telan, kunyah lagi... telan. Tak ada masalah. Alhamdulillah.
Punch-in pukul 10 pagi, terserempak dengan ramai kawan di ofis, di laluan ke bilik guru dan di dalam bilik guru juga. Masing-masing muka berseri, saya lihat. Ada yang makin putih melepak pulak kulitnya. Aii... buat facial ke setiap hari? Jealous lah pula.. :)
Masalahnya? Baju sendatlah pulak hari ini. Semua angkara ini lah. Kerana angan-anganku musnah, stress, black Monday, Monday blues ...segalanya ada.
Memang sudah terasa, beban lebihan yang terpaksa dipikul lewat ini. Hati senang, jiwa tenang, bertambah ukuran pinggang. Aish... tak boleh jadi. Membebel sahaja pun tak guna.
Eh, nampak macam Normah berisilah sekarang.
Kawan-kawan ..., perkataan berisi ini membawa banyak konotasi. Tetapi, maksud yang tersiratnya sangat jelas. Dan tetap, ramai kaum Hawa termasuklah saya, yang sangat alah dengan perkataan ini. Semangat jadi jatuh merudum dan perlu dikutip satu-satu semula. :D
Lain kali kalau jumpa saya, apa salahnya kita olah skrip jadi begini.
Eh, nampak berserilah kak Normah. Kulit muka macam tegang je. *saya dah tersengih tak sedar diri.
Mana ada, kak Normah macam biasa je . *buat-buat tak kisah
Betullah.
Eh, tak adalah. Kak Normah rasa Kak Normah berisi lah sekarang. *cuba memancing.. :)
Tak adalah, kak Normah memang maintain slim je la. Tak nampak pulak berisinya kat mana.
Ha... kan sedap sikit skrip ni. Lepas tu kalau korang nak pergi muntah ke, rasa loya ke...lantaklah .. Janji, hati saya berbunga... hehehe
*rutin , rutin, rutin...
~cikgunormah@klcitizen~
minat dipuji rupanya cikgu ni...
ReplyDeletemengandung kot!!
ReplyDeletesiapa yang tak suka pujian kan..kan..kan.. :)
ReplyDeletehehehehe.. yang penting kita ada keyakinan dalam diri agar kita rasa menghargai...
ReplyDeleteberisi makanan takpelah... jgn berisi benda2 lain pula
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteermm..mesti seronok
di puji kan..anda memang
cantik (pujian ikhlas)
saya pun org selalu cakap
ReplyDelete'eh..dah berisi lah sekarang'
hehe
Saya pernah menegur seseorang sambil memegang perutnya.
ReplyDeleteDah berapa bulan ni..
dan orang itu menjawab;
ish.. tak mengandung lah.
adui.. lepas tu dah tak tau nak letak muka kat mana.
memang kata selalu membawa padah.
Saya dah terbiasa dah orang komen mcm tu..semenjak dua menjak ni, badan naik menjadi jadi..sabor jer laaa
ReplyDeletepenangan kenduri di cuti sekolah ni hehe
ReplyDeleteberisi sihat xpe...jgn berisi mcm2 penyakit sudah....:)
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteDua minggu cuti, badan jadi berisi lak...senang hati tu, cikgu!
@Azri the Accelerator
ReplyDeletepuji sikit2 tu kan macam kelas motivasi :)
@IMANSHAH
ReplyDeleteya lah tu iman... menngandung angin dan air
@cikgu isza
ReplyDeletebetul isza.. lebih2 lagi kak normah ni.. :)
@Gen2Merah
ReplyDeletedah tua ni baru ada keyakinan.. :)
@zool
ReplyDeletebetoi :)
@zulkbo
ReplyDeleteeh ye ke... *sambil buat2 muka malu*
@n@m@n
ReplyDeletesamalah kita naman
@kakpah
ReplyDeletekesian kat orang yang kena pegang perut tu la kak pah hehehe
@hani@debumelukut
ReplyDeletenampak gaya , saya pun kena sabar je lah
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
ReplyDeletememang tak salah lagi tu
@Papa Mifz
ReplyDeleteharap2 begitulah hendaknya
@Abd Razak
ReplyDeleteya betul razak