Panas hari ini.
Ah, seperti biasa manusia ini sentiasa merungut. Panas salah, sejuk pun salah. Semuanya serba salah. Cuti salah, sekolah lagilah salah... :)
Aduii..
Sakit di mana? Di hati..., mengingatkan seminggu cuti sudah hampir habis. Dan sepanjang cuti ini tidak ada isu yang dapat ditulis di sini. Yang banyak memberi ilham menulis selama ini rupanya anak-anak murid dalam kelas. Dan bila duduk di rumah sahaja, idea pun jadi beku.
Mah, makan mah.
Asal duduk mengadap ibu mertua, itulah kata salamnya. Hendak tak hendak, menjamahlah juga.
Mah, makan mah. Ni... si Ton dah gorengkan pisang raja. Kalau kat KL ni di kerat 3 pisang ni baru digoreng. Makan , mah.
Mah, makan mah. Mak ada kirim beli laksam ni dengan si Som tadi. Baru buat ni. Orang yang jualnya pukul 5 baru nak meniaga. Rasa sikit , mah.
Jamahlah juga.
sumber |
Aiii.... angan-anganku musnah! Alat penimbang berat badan adalah musuh utama ku sekarang!!
~cikgunormah@klcitizen~
100kg tu..hehe
ReplyDeleteAmboiii... best tu asal nampak muka jer, pelawe makan. Letih gak nak ngelak. Jadi, jangan fikir aa-apa, jamah jerrr.. asal Mak tu bahagia.
ReplyDeletepenangan musim cuti. kita serupa.
ReplyDeletehttp://pasberapahang.blogspot.com
Ass-Salam sis...
ReplyDeleteKak hazel sedang senyum ni masa baca...
Tak apa dik...tanda mak mertua sayang tuu...mana nak cari ganti!
Tak per...nanti bukak sekolah berat badan kita shrink balik sebab banyak kerja.
Enjoy your holidays ok.