Sunday, June 19, 2011

dia dah tak sayang saya

Hari Ahad sentiasa pantas waktunya. Memangkah perjalanan masa itu yang pantas atau kerana rasa dan perspektif kita tentang hari itu sendiri menyebabkan ia jadi sedemikian? Entah. Bukan Ahad itu yang menjadi masalah sebenarnya. Cuma tanggapan dan letak minda sendiri yang perlu diperhalusi dan dibetulkan semula.

Dalam banyak kerja yang perlu dibereskan, masih lagi mencuri masa hendak mengemas kini entri.

Baju berlipat yang perlu disusun semula dan perlu digosok, segunung di sebelah laptop ini, saya buat tak peduli saja. Kerja di rumah tidak ada sesiapa yang hendak memantau dengan fail dan diberi penggredan sama ada mencapai KPI atau tidak, itu yang kadang, buat-buat tak nampak kesemakannya. Tapi, tetap dilunaskan mengikut mood, yalah, takkanlah hendak duduk dalam rumah umpama sarang tikus pula.

Dia nampak dingin, tidak menelefon atau bersms seperti dulu lagi kak.

Aduh... payah. Masalah terkait dengan perasaan memang sukar diladeni. 

Itu petanda, dik.

Petanda? Dia dah tak sayang saya ke?

Sayakah yang perlu menjawabnya? Matanya bersarung harapan, seolah, jawapan saya boleh melegakan perasaannya. Sedangkan saya tahu, dan dia juga maklum duduk perkara sebenar dalam perhubungan yang masih belum termateri itu. Segalanya mungkin.

Agaknya sebab saya terlalu mendesak, kut. Dia jadi tawar.

Desakan berterusan memang menyesakkan. Apatah lagi kalau desakan itu membuat pasangan buntu. Desakan untuk diberi perhatian berlebihan, inginkan rasa diambil berat berterusan, walau sememangnya sebuah perhubungan itu inti dasarnya adalah perhatian dan ambil berat. Tapi , kalau diminta teramat, nantinya yang memberi pasti akan mengalami situasi kering... kering hati dan perasaannya.

Apa nanti jadinya saya, kalau dia dah tak nak saya lagi , kak?

Ish... awak takkan jadi apa-apa. Sedih memang, tapi awak tetap awaklah. Masih ada lagi yang lain yang kasih dan mengharap awak, walau rasa kasih itu tidak sama rasa seperti kasih dia , tetapi ia asli dan sejati. Emak dan bapa awak kan masih kasih dengan awak....

Tapi saya sayang sangat kat dia kak...

Siapalah yang boleh menidakkan rasa itu. Ia hadir perlahan-lahan dan membukit. Tetapi sekali ia direntap, sakit dan pedih menjalar dalam lompong hati itu. Seperti mana perlahan-lahan ia membukit, seperti itu juga ruang masa perlu diberi untuk menghilangkan pedih dan sakit. Masa. Lambat dan perlahan. Dan sampai nanti satu hari .... setelah lama nanti, sakit itu akan tawar juga.

Tidak seperti masa di hari Ahad ini. Pantas sekali...

Salam Ahad petang...

~cikgunormah@klcitizen~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. macamana nak terima kenyataan macamni eh. hmm, kalau kita fikir memang rasa tak kuat. tapi bila kita sendiri tengah alami keadaan tu, everything will be fine kot. T___T

    ReplyDelete
  2. Salam, saya ni jenis yang tak suka telepon atau sms, sekali sms mengatakan saya sihat cukup lah..dan bertanya kesihatan dia..macam tu saya tak sayang ke??

    boleh puan kaunselor jawab?

    ReplyDelete
  3. saya pernah rasai apa yg dirasai..amat pedih menyucuk hingga ulu hati...bernanah dan berdarah namun tiada siapa yg nampak..bangkit dari kegagalan dan akhirnya mampu melupakan walaupun sebenarnya tidak...kerana dia sentiasa ada di hati...namun itulah kenyataan yg harus kita terima...apa diharap padi seberang, entah berisi ntahkan tidak..apa di harap hatinya orang...

    ReplyDelete
  4. Dah tak kesah dah. Asal Allah swt sayang pd kita. Hanya mencari cinta Allah swt. Laa ila haillallah.

    ReplyDelete
  5. @Rara ya rara, berfikir tu di fikiran je, realitinya setiap kita ini ada kekuatan sendiri :)

    ReplyDelete
  6. @IMANSHAH

    kalau dah perangai memang tak suka sms atau telefon tu lain lah iman, tapi kalau dari awal memang kaki menelefon tetiba tak telefon tu yang jadi masalahnya :)

    ReplyDelete
  7. @nyanyisunyi

    ramai yang merasanya, nama pun manusia kan. tapi kita sentiasa belajar utk mengadapatasi, kan. walau sdih tak hilang, tapi tetap bahagia boleh kita cari

    ReplyDelete
  8. @ajwa

    insyaAllah , Allah berikan kasih yang lebih manis :)

    ReplyDelete
  9. @NurIsme Khalid

    dan Allah tidak akan mensesiakannya, itu pasti

    ReplyDelete
  10. Perasaan kalu dipaksa, selalunya memang menjadi tidak ikhlas.

    “Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

    ReplyDelete
  11. .....pernah kegagalan setahun yang lalu selepas 23tahun bersama...dah takdir & redha..
    kini dalam hati ada taman bunga..bunga lama yang terpisah 30 tahun lalu kembali bersemi.... namun..x mungkin kesampaian juga kerana...taman nya dah dipenuhi bunga lain.. walau katanya x kan melepaskan kita lagi setelah menemui kita selepas dalam kerinduan 30 tahun dalam pencarian..cikgu norma ..nak buek camno nih..tolongggggg......terasa kami hidup di usia 18 tahun..lah pulak..hahhhah hhuuu.hooooo..

    ReplyDelete
  12. @mamaijat

    Ini kes berat, terasa macam keluar satu lubang, terjerat kaki di lubang yang lain. Berhati-hati melayan perasaan...

    ReplyDelete
  13. salam cikgu
    saya pun dah lama tak menjengah ke blog cikgu.

    Bila hati telah ditakluki oleh perasaan sayang maka kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai =)

    rindu nak dengar cerita budak2 sekolah sekarang ;)

    ReplyDelete
  14. Jangan terlalu mendesak... tapi desakan kadangkala perlu untuk menyakinkan hati sendiri..

    ReplyDelete
  15. Life goes on..kalau jatuh bangun semula..Tuhan tahu yg terbaik buat kita..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.