Tuesday, June 14, 2011

kalau dapat nak hentam, tumbuk sampai lumat, cincang-cincang dan di ratah-ratah macam karnivor

Sibuk sana sini.

Maklumlah, sudah pertengahan tahun. Kemuncak dalam setahun, perlu dilunas mana yang patut dalam beberapa bulan ini sebelum acara berpuasa dan berhari raya. 

Kalau menjadi guru sekolah harian, apa lagi yang dikhuatirkannya selain dari sukatan yang masih belum selesai, dan latih tubi yang belum banyak tara mana, jika hendak dibanding dengan guru-guru sekolah berasrama penuh, yang dengar katanya ada yang sudah pun menghabiskan sukatan dari bulan April lagi. Aduih.... saya yang mendengar terasa nak demam dan seluruh isi dada terasa seram sejuk lah pulak.

Acara sukan pun sedang sibuk berlangsung. Arahan pihak atasan, kenalah mendengar dengan patuh dan kewajipan itu dijalankan setaat yang boleh. 

Kekadang terfikir juga, terkejar-kejar ke sana ke mari, solat yang wajib itu pun lewat dilaksanakan. Bukan mengata orang. Mengata diri sendiri. Kejap lagilah, kejap lagilah.... akhirnya hampir  di hujung waktu baru tertonggang-tonggek.

Dari jauh nampak orang berkerumun di hadapan surau guru perempuan. Mendengar Kak B bercerita dengan aksi-aksinya sekali. Sibuk. Sayalah, si tukang sibuk. Hendak juga mendengar, tidak mahu ketinggalan isu di sekolah. :)

Mendengar dan melihat aksinya, saya dan rakan-rakan di keliling pun turut terasa tempias traumanya. Geram, sakit hati, kalau dapat memang nak hentam,nak tumbuk sampai lumat,  kalau boleh juga nak cincang-cincang dan di ratah-ratah macam karnivor.... kalau boleh, dan memang tak boleh pun.
Rupanya, kak B mendapat musibah semasa dalam perjalanan ke sekolah semalam. Kereta dipandu perlahan di Jalan Ampang, kerana kesesakan jalan. Cermin tingkap di bahagian penumpang diketuk pecah, dan beg tangannya yang terletak di tempat duduk penumpang dirampas. Sempat lagi kak B dan si perompak bertentang mata berpandangan. Ha... semasa mendengar kisah kak B, geram membuak-buak dan perasaan kasihan atas kesusahan yang perlu ditempuh memenuhi dada.

Si perompak, peragut, penipu, pembunuh, penculik.... juga sibuk waktu-waktu ini. Apa lagi puasa dan Hari Raya yang makin hampir, barang-barang yang naik harga, suhu makin panas, sewa makin melambung, jalan makin sesak, manusia makin ramai..... hidup makin semput kalau hendak difikir-fikir. 

Jiran penjual steak di Keramat ini juga baru sahaja dirompak dalam rumahnya semalam.

Malaysia yang kini negara sejahtera buat si penyangak.

Haish.... berhati-hatilah, doa moga kita sentiasa selamat dunia dan akhirat.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. memang kdg2 marah kat diri sendiri kan?..ada kala tu,bila solat zuhor saja di lewatkan,konon2 boleh lah sekali dgn asar...bila lah nak berubah..:(

    tumpang simpati pd sahabat yg di timpa musibah..itu lah ujian..harap teman tu akan terus bersabar dan Allah gantikan dgn yang lebih baik dan byk dr yang telah hilang

    ReplyDelete
  2. betul tu. semakin maju semakin banyak dugaan dan cabaran di negara kita ni.. sabar ja lah dengan ujian nya

    ReplyDelete
  3. apa nak buat sudah musibbah..datang tak diundang..semoga tidak berulang..suspen..pic lion..nampak brutal..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Keadaan tidak lagi selamat kerana hasil dari tangan-tangan manusia yang dinyatakan di dalam al-Quran punca segalanya. Musibah dan bala datang seiring dengan senyapnya turun di negara kita tidak seperti tsunami atau gempa bumi.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Benci dan takut... bila dengar isu macam ni... Benci pada manusia yg tergamak melakukan kejahatan ... takut dengan kes2 ragut, rompak, simbah asid... sembelih...
    Dunia Malaysia tidak lagi damai... Mari kita menyedarkan diri...Muhasabah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.