Suara Dr Muhaya meneman saya dalam kereta pagi tadi. Bagusnya menjadi manusia berilmu seperti beliau dan sangat bersemangat serta positif dalam fikiran mahu pun tindakannya, menyebabkan semangatnya turut mengisi dada saya.
Tiba-tiba terus tidak sabar hendak menghadiri program Bicara Hati anjuran Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, walau rakan-rakan lain sedang bergembira serta bersukaria di padang sekolah.
Tiba-tiba terus tidak sabar hendak menghadiri program Bicara Hati anjuran Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, walau rakan-rakan lain sedang bergembira serta bersukaria di padang sekolah.
Ini bukan program Bicara Hati, ke?
Saya baca lagi borang pendaftaran. Tadika A, Tadika B.... Aikk? Kenapa pulak program tadika ?
Bukan, ini kursus untuk guru-guru tadika. Ada puan bawa surat panggilan mesyuarat?
Alah, tertinggal pula di rumah.
Ah...sudah. Hendak bertanya siapalah pula di Pejabat Jalan Duta ini. Sebab hari ini hari Sabtu, pastinya pejabat kosong dan hanya dipenuhi meja dan kerusi sahaja.
Puan , cubalah ke lobi. Mana tahu ada yang boleh membantu. Tapi hari ini rasanya tak ada orang di pejabat.
Alahai. Terbayang-bayang surat panggilan mesyuarat tersebut, tetapi memang salah saya tidak meneliti kandungan surat, cuma mencatat tarikh dan program dalam kepala dan mengambil mudah perkara bahawa pasti ia akan diadakan di Auditorium JPNWP.
Saya pun duduk di lobi. Buntu.
Hendak telefon pejabat di sekolah pun, pasti tiada siapa di sana. Hendak bertanya siapa? Orang pun sedang sibuk di padang sekolah, mana ada masa hendak melayan saya mencari surat dalam fail di pejabat.
Ah. Tawakkal je la. Kalau ada yang boleh membantu insyaAllah , Allah tunjukkan. Walau saya tahu kebarangkalian untuk saya balik semula ke rumah dan tidak hadir program tersebut lebih besar dari menunggu orang lain.
Terkial-kial juga memikir siapa yang dapat membantu. Pak guard yang ada pun orang Bangla. Manalah diorang tahu. Dalam memikir, sibuk juga saya memarahi diri sendiri. Ish... Kenapalah bebal sangat.
Datang untuk program Bicara Hati ke?
Mencuba nasib apabila terlihat dua orang wanita muda berjalan ke arah saya sambil memegang sehelai kertas putih, seperti surat panggilan mesyuarat. Ya Allah, mudahkanlah. Hati saya menjerit-jerit doa yang tak putus saya ulang.
Ah...ah, ya, akak pun ke?
Macam tidak percaya pula sambil mengangguk dan menghadiah senyum paling lebar.
Akak ada kereta ke?
Ada.... Cuma akak tak ada alamat tempat program je.
Ya...? Ni suratnya, cuma kami ni tak ada kenderaan nak ke sana. Tadi naik teksi, driver teksi tu bawa kami ke sini pulak walau dah beritahu dia tempat yang kami nak tuju. Kita kena ke Bahagian Teknologi Pendidikan berhampiran dengan Pusat Sains , kak.
Betullah. Kuasa Allah tidak siapa yang dapat duga. Menemukan tiga insan yang punya tujuan yang sama tetapi berbeza keperluan.
Semakin yakin hati ini dengan cintaNya.
Terima kasih Allah, memudahkan segalanya.
~cikgunormah@klcitizen~
Alhamdulillah, niat yg baik dipermudahkanNYA
ReplyDeleteKedua-dua tempat itu dekat dengan rumah saya..
ReplyDelete@arryani
ReplyDeleteBetul yan... Syukur sangat
dapat jugak pergi program tuh...alhamdulillah... saya pon selalu cm tuh....tiap kali buntu, juz bertenang n doa dpt petunjuk.....:).insyaallah..
ReplyDeleteTuhan mempermudahkan urusan yang kita anggap payah.Syukur kan?
ReplyDeletepertolongan yang datang tanpa terduga...
ReplyDeleteniat cikgu pasti ikhlas niii... sebab tu penyelesaiannya mudah
langkah kanan nampaknya..
ReplyDeletesemua masalah kecuali mati ada jalan penyelesaiannya.
ReplyDeleteBTW,saya ada post gambar pasal sukan tahunan kat blog.Tak banyak gambar sikit je.
salam..
ReplyDeleteermmm...tawakkal je la ye..
kalau ke kedai mamak Pelita
kena beratur...mamak tak layan
nye kalau kita tunggu dia
ambik order..belagak betul kan?
***situasi di atas,kalau isteri saya
saya suruh prepared awal2..
:)