Thursday, June 16, 2011

makan ubat kurus

Puas meng'google' semalam mencari jalan ke Segambut Jaya. Nama saja duduk di KL , tetapi perjalanan saya banyak berlegar di kawasan perumahan dan kawasan sekolah tempat saya bertugas, yang sememangnya berhampiran benar dengan rumah.

Nasib baiklah pergi berteman rakan guru dari SMK Air Panas, jadi tidaklah malu kalau terlambat masuk ke program sebab sesat. Bila dah tetua ini, perasaan debar lambat ke program tidak terasa sangat.

Seronoknya pergi bertugas luar ini ialah peluang berjumpa dengan rakan-rakan guru dari kawasan yang lain.

Saya baru tahu kawan saya satu sekolah di Sarawak meninggal dunia , kak Normah.


Ya? Innalillah... Sakit apa?

Dia makan ubat kurus herba dari jenama terkenal. Buah pinggangnya rosak dalam beberapa bulan sahaja. Berapa umur dia?  Muda lagi, 30 an.




Ubat kurus rupanya boleh membunuh, kawan-kawan. Saya insaf sebentar. Cukuplah diet 'yo-yo' saya. Kejap makan nasi, kejap puasa nasi. Kejap makan oat, kejap tak pandang pun oat tu sebelah mata.

*jalan di segambut lebih memeningkan kepala rupanya.


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Takut dengar cerita tentang ubat2 kurus nikan.

    ReplyDelete
  2. ubat dari jenama apa tu??

    takut plak.... wlpn ada niat nk beli pil kurus ni...

    ReplyDelete
  3. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr tak boleh nak tulis besar2 kat sini, nanti kena saman... ;(

    ReplyDelete
  4. Salam K'Normah,
    Jenama apa tu kak?Memang makan ubat diet ini bahaya sebenarnya.Bagi pendapat peribadi saya sebagai seorang doktor, makan ubat-ubat ini memang tidak digalakkan. Jika ingin berat badan yang unggul kena istiqamah kawal makan dan bersenam juga secara istiqamah, Insya-Allah berat badan unggul akan dicapai dengan izin Allah...:)..tiada jalan singkat untuk berjaya termasuk berjaya untuk kurangkan berat badan...Wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Sebelum makan apa-apa pil, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu... Pengajaran untuk kita!

    ReplyDelete
  6. kak normah...
    isteri officemate husband aina pun kedua-dua buah pinggangnya telah rosak, kesan jangka panjang ubat kurus. jalan paling selamat utk kurus berpuasalah isnin dan khamis, pahala dapat, sihat dapat cantik pun dapat...hehehee...

    ReplyDelete
  7. erm, lepas ni gulung tikar DR ROZEMY

    ReplyDelete
  8. K.Normah, ubat 'gemuk sikit' ada tak?

    ReplyDelete
  9. Ubat apa pun sebenarnya bertujuan ke arah kebaikan. Tetapi yg menjadi ianya mudarat tentula ada sebab2 yang menjadi punca. Mungkin salah makan, mungkin tidak serasi, mungkin sudah tercemar...dsb.

    Apapun, kita dinasihatkan berhati-hati, kan?
    Tumpang simpati. Takut juga, sebab saya pun memang bukan orang yg kurus.

    Ayam Kampung untuk Orang Kampung? (macam aku)

    ReplyDelete
  10. salam Cikgu...


    انّا للہ و انّا الیہ راجعون
    simpatinya..moga di cucuri
    rahmat ke atas rohnya..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.