Tuesday, June 7, 2011

doa

Mak sibuk memasang api dapur. Tangkas tangannya meletakkan apa yang patut. Sekejap ke kiri, ke kanan, ambik itu, ambik ini, letak itu , letak ini...

Kalau awak dengan emak berjalan sama-sama, emak awak berjalan lebih laju tau...

Pernah suami memberi ulasan melihat cara saya berjalan dan bekerja. Hahaha. Saya banyak mewarisi perangai aruah ayah yang lebih tenang dan lambat... :)

Kalau memasak dengan emak, memang tak lama duduk di dapur. Walau saya secara sukarela meminta dia duduk berehat sahaja dan hanya saya yang memasak untuk hari ini, tetap dia meningkah. Kerana tahu sangat, kalau anaknya yang ini memasak, entah pukul berapalah nak siap agaknya :) Jadinya, saya hanya menjadi pembantu chef di dapur hari ini.


Ni no...ni no...ni.. no! Ni no...ni no...ni.. no!

Rumah emak betul-betul di tepi jalan besar.

Oh... siapalah yang sakit pulak tu ya?

Emak terhenti sekejap, memasang telinga.

Ya Allah, selamatkanlah orang dalam ambulan tu.

Saya pun ikut mengaminkan doa emak yang disebut kuat tadi. Itu cerita pagi tadi. Balik lewat petang  membawa anak-anak buah berjalan, emak pantas masuk ke bilik saya.

Akak, Wak masuk ICU pagi tadi. Kat Hospital Banting sekarang.


Yang ambulan lalu tu lah kut emak...


Ya... alhamdulillah, mak ikut pesanan Ustaz. Kalau dengar ambulan lalu, doakanlah agar pesakit dalam ambulan itu Allah selamatkan dan mudahkan urusannya. Alhamdulillah, dapat jugak emak doakan untuk kakak emak sendiri.


Muka emak sedih.
Saya pun ikut sedih sama.

*beberapa atur cara esok akan dirombaklah nampaknya...

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. mak pun selalu kata saya agak lambat kalau memasak.

    hehe.

    sebab saya suka memasak sambil mengemas dapur~ tak boleh kalau nampak benda berselerak. nak terus kemas supaya habis masak, boleh cepat rehat~

    XD

    ReplyDelete
  2. Slow and steady..biar slow tapi menjadi..
    Risau bawa kereta bila dengar bunyi ambulan dari belakang..nee..nong..nee.nong

    ReplyDelete
  3. hmm...
    kalau sy lain pulak, mak sy sgt sentimental di dapur.
    takde sape boleh replace dia masak. sbb sgt la perlahan, tp itulah rahsia menjamin ke-tip-top-an masakan dia.

    ReplyDelete
  4. @♛ LORD ZARA 札拉 ♛

    akak memang buat kerja slow, macam dunia ni akan berhenti menunggu akak :)

    ReplyDelete
  5. @abadi romeo

    betul abadi... tak tau nak ke kiri ke atau nak ke kanan, bunyi ni nong makin kuat..

    ReplyDelete
  6. @chekgu BaniHassim

    tu style saya kutlah... slow n steady :)

    ReplyDelete
  7. biar slow, jgn berhenti,
    pasti siap ..
    tk gitu cikgu ..

    satu amalan yg mulia tu,
    mendoakan yg keselamatan utk yg sakit.

    ambulan lalu kampung aby tuh ..

    ReplyDelete
  8. Aak dara saya ada 3. Sorang cekap dan cepat. Seorang lambaaat. Seorang lagi kelam kabut...

    ReplyDelete
  9. heeee... samalah kita kak. kalau duduk kat dapur tu memang slow motion sangat sampai pernah kena tegur masa kenduri kat rumah makcik kalau Latifah masak, boleh kebulur dibuatnya orang kat kenduri sebab lambat. hahaha...
    Latifah mewarisi arwah mak yang slow and steady buat kerja :)

    ~semoga kakak emak akak dipermudahkan urusannya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. mengingatkan kakpah pada aruah emak. Pun bekerja macam lipas kudung. Mudah-mudahan wak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Normah..

    Nida bila bunyi ambulans pasti teringat pada arwah abah... :(

    ReplyDelete
  12. moga Wak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  13. @aby

    yalah aby... mak saudara sayalah tu

    ReplyDelete
  14. @ckLah

    cukup pakej tu kan ckLah

    ReplyDelete
  15. @kakpah

    ameen... kak pah. harap kak pah pun cepat sembuh

    ReplyDelete
  16. kalau nampak anjing tengah jelir lidah tepi jalan pun, doakan anjing tu moga2 dapat rezeki dia untuk hari tu. nampak org bawak motor, doakan die ade rezeki n dpt beli kereta pulak... mmg xkenal sape org tuh tp tak luak pun kite doakan sesama manusia. hehehehe. thanks.nice cerita ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.