Sunday, June 12, 2011

sexting dan pelacur kelas atasan

Esok dah sekolah. *nada sedih

Kuatkan semangat, cikgu. Gaji bulan-bulan tu bukan diberi percuma ya. Ia datang bersama tanggung jawab dan harapan ramai orang. Cikgu tu antara pekerjaan mulia yang tak semua orang dapat jalankan dengan betul.


Eh ceh ceh ... cuba menyuntik motivasi dalam diri, walau tiba-tiba hari ini belakang pinggang sakitlah pulak dan kaki rasa lenguh. Agak-agaknya kalau jumpa doktor, dia beri ke tidak MC?  :)


Dalam akhbar The Star hari ini, bahagian dalamnya penuh 2 mukasurat tentang OWC. La... cerita sudah nak basi baru saya nak masukkan dalam blog ke? Orang lain sudah lama bermain dengan kata OWC dalam permainan SEO untuk menaikkan trafik blog masing-masing dan saya baru nak terhegeh buat entri.

*OWC = Obedient Wives Club


Sampaikan en abang askar ni pun tanya saya. Sebenarnya malas hendak bercerita tentang OWC ini. Sebab saya pun memang kategori OW. Hahaha :) Jangan marah! Syurga seorang isteri itu di mana agaknya? Secara literalnya lah kan... bukankah ramai isteri-isteri yang taat ada di sekeliling kita sekarang?


Kalau di sini sibuk dengan isu OWC , di New York pula sibuk juga dengan suami yang mungkin tidak punya isteri yang taat. Memandai saja saya ni kan... Sebenarnya sibuk isu sexting. Kalau mengikut maksud sexting dari Wikipedia , sexting ini ialah seni menghantar mesej atau gambar-gambar berbaur seks melalui media utama handphone.


Kes sexting di sana menjadi hebat apabila seorang ahli Kongres mereka didapati menyebar gambar-gambar tidak patut dia melalui twitter, kepada  remaja wanita bawah umur. Aishh... salah isterinya lah tu... tidak punya skil seperti pelacur kelas atasan. :D

Ha... kan.

Aduiii... sakit kat mana ? Kat hatilah. Sebab esok nak sekolah.


Pada saya tidak ada isu sama ada wajar ke wanita bergelar isteri taat pada suaminya. Cuma mungkin, semasa Dr Rohaya Mohamed membuat sidang media itu dulu wajar juga difikir kata-kata berhikmah yang perlu diguna pakai.


Saya fikir, sekarang ini orang bukan mempertikaikan kewajaran seorang wanita itu perlu taat, tetapi kewajaran penggunaan perkataan pelacur kelas atasan itu membanding tara wanita soleh yang syurganya dibawah telapak kaki suami dengan wanita sebegitu rupa. Saya pasti sang pelacur juga tidak mahu dirinya dilabel sebagai pelacur walau kelas mana pun dia berada.


Mungkin kalau (*kata yang tidak perlu ) idea OWC dipersembahkan dalam cara yang berbeza lebih ramai yang akan mengangguk setuju. Tapi, mana benda baik yang tidak akan dapat penentangan. Sudah lumrah dunia begitu rupa, kan.


*Ahad, bolehkah engkau bergerak lebih perlahan hari ini...?

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. saya tak pandai nak ulas isu sexting.. ehehe... *lom kawenn!

    saye update pesbuk semalam berdoa agar isni jgn dtg! hahaha!

    ReplyDelete
  2. Perkataan yang tidak tepat menyebabkan kekecohan satu Malaya......

    zionis cipta gempa hapus al-Aqsa

    ReplyDelete
  3. Cg.Normah... likesss
    berfikirlah sebelum berkata... pengajaran utk diri kita jg...
    Dr.Rohaya Mohamed... Terlajak kereta bolehla... Terlajak kata...???

    ReplyDelete
  4. taat suami mengikut cara dan perintah Islam juga sunnah Nabi..ti yg lebih baik..

    p/s selamat kembali ke sekolah cikgu..

    ReplyDelete
  5. SALAM,
    SELAMAT KEMBALI BERTUGAS CIKGU !

    ReplyDelete
  6. saya terfikir juga.. apa istilah yang lebih sesuai dan tepat agaknya?

    Bila satu perkara ingin disampaikan secara simbolik tapi maksud tak sampai dan terpesong pula jadinya.. kena guna ayat 'direct' lagi mudah kot..

    ReplyDelete
  7. baca juga ..
    terasa lucunya ..

    takut nanti bila pmpuan sesama pmpuan buat club gitu, crita dalam kelambu akan jadi biasa ..

    entah la ..

    ReplyDelete
  8. @g0m0k9enDek

    Nampak gaya macam tak makbul je doa tu... :)

    ReplyDelete
  9. @Miecyber

    Terlajak kata buruk padahnya, kesannya orang memandang serong islam itu sendiri

    ReplyDelete
  10. @cikgu isza

    wanita taat seperti kita perlu ada juga keupayaan memikat dan menyuntik nilai seksual yang halal dalam hubungan mungkin...

    ReplyDelete
  11. @aby

    sekarang pun tanpa kelab, dalam media mana pun, cerita dalam kelambu bukan taboo lagi...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Cikgu,

    Agaknya dihati terfikir lain, tapi tersilap bicara

    ReplyDelete
  13. tak reti nak komen pasal sexting. belum kahwen ni.huhhuhu

    ReplyDelete
  14. Salam Cikgu.
    Lama juga saya tak ke sini rupanya.
    Bukan perkataan pelacur maksudnya, tetapi layanan pelacur kelas atasan itu Cikgu.
    Dr tu tetap berpegang kepada maksud perbuatan layanan tu. Banyak perkara perbuatan pelacur atasan yang bertentang amalan Islam Cikgu.
    Mungkin juga kerana pengalaman hidupnya sebagai isteri ketiga membuat dia mengeluarkan pendapat sedemikian.

    ReplyDelete
  15. ok ke pelacur pekerjaan haram, isteri pula halal lalu di samakan. haa..ha.. tak cukup atasan sebab pelanggan bayar tak cukup agaknya. mmm statement saya tambah panas ni. apa pun istilah pelacur boleh sebabkan ada yg lebih memperlekehkan isteri yg telah memang sedia di hina.

    ReplyDelete
  16. tak suka dilabelkan sebegitu. Dia perlu mencari perkataan yg lebih sesuai.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.