Tapi, pasti, ramai yang susah hati kalau hujan turun, atas banyak sebab.Terutama bagi yang sedang memandu hendak menyelesaikan urusan masing-masing di permulaan minggu ini.
Hari ini saya bercuti. Satu sekolah bercuti, kecuali staf sokongan di pejabat dan makmal. Sebabnya sambutan sukan tahunan ke 13 di sekolah pada hari Sabtu baru ini, maka layaklah kami mengambil cuti peristiwa.
Janji.
Pada saya, bila hendak berjanji mestilah realistik. Melihat kemampuan dan keupayaan diri.
Fail peka awak ni tak cukup lagi 3 laporan. Dah dekat dua bulan menunggu awak menghantar. Saya perlu masukkan markah secepat mungkin. Bila awak boleh hantar pada saya?
Suara saya tidak selembut yang dibayangkan. Amarah dalam hati dah membengkak. Nasib baik anak orang, kalau anak pokok sudah lama dicantas daun-daun hingga bogel.
Saya tahu dia tahu getar amarah dalam suara saya. Matanya menunjuk rasa bersalah amat. Kasihan. Belas pula rasa di hati. Wahai anak, kalau lah belajar itu tak perlu kepayahan, sudah tentu ilmu itu tidak manis.
Saya menunggu jawapannya.
Esok .. cikgu. Saya bagi esok tiga-tiga.
Esok? Tiga-tiga? Biar betul...
Betul.
Yakin sungguh. Janji.
Dan setelah 2 minggu berlalu, setiap kali terserempak, matanya cuba melarikan diri dari pandangan saya.
Strategi seterusnya akan menyusul...
~cikgunormah@klcitizen~
cikgu ujan pepagi sedap.tapi kalau time cuti lah...;)
ReplyDeletejika amarah bisa memerdekakan hati yang terpenjara..bebaskan sahaja dari menatang derita sepanjang masa.
ReplyDeleteMenahan marah ketika hati sedang marah satu sifat yang terpuji.
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteBAGAIMANA KALAU KITA TEGAS TANPA PERASAAN MARAH ?
salam..
ReplyDeleteermmm..untungnya
ada cuti peristiwa bagai kan..?
hairan juga isteriku Sabtu bersekolah
tapi Isnin masih bekerja..tak faham
saya sistem cuti peristawa nih..?
Assalamualaikum kak..:)
ReplyDeletebiasalah tu budak2..selagi boleh lepas diri..selagi tuuu laaa!
Memang geram dgn species budak camni kann:p