Hidung ini makin kembang sekali ganda. Ayam pulak berkokok di luar, macam mendengar lintasan hati dan mengiyakan. Apalah kena mengena hidung kembang dengan kokok ayam kan...
Hidung gatal ya amat, mata pun sama.
Alergi lah tu. Orang kata resdung kan. Haaaaatchum! Entah , kali yang keberapa, tak tahulah.
Sesekali mengelap hidung kuat-kuat, geram dek gatal dan hingus yang tak habis. Sampai merah kelopak hidung dan terasa berat hidung ini melekat di muka dari biasa. :)
Dalam pada hidung gatal, merah menyala sempat lagi membawa emak menziarah kakaknya di ICU Banting. Waktu ziarah yang terhad, yalah, pesakit perlu rehat. Tetapi sanak saudara memang pasti hendak menjenguk juga kan. Mendoakan dan melihat bagaimana.
Apa yang tidak seronoknya tatkala menziarah ialah perasaan tidak tahu. Anak beranak pun tak tahu hujung pangkal penyakit si emak, rawatan apa yang sedang diberi dan bagaimana rawatan susulan. Biasalah orang kampung. Agaknya bila doktor memberi maklum pun, ramai yang tidak faham istilah atau terma yang diguna pakai.
Masuk ke dalam bilik ICU, misi yang ada pun sibuk dengan hal masing-masing. Bila bertanya pun, acuh tak acuh sahaja menjawabnya. Yalah, orang sibuk dengan kerenah birokrasi dan hal pesakit. Mana yang lebih penting? Melayan pesakit ke atau melayan kerenah sanak saudara pesakit.
Duduk lah kami. Sesekali berkeluh kesah tentang cuaca. Membaca apa yang patut dibaca dan disedekahkan. Menunggu hingga jam dua untuk berangkat balik.
*beratlah pulak kepala menahan kantuk setelah menelan pil kecil molek sebiji.
~cikgunormah@klcitizen~
Get well soon....
ReplyDeleteGo Green or Go Sexy ?
@Miecyber harapnya begitulah
ReplyDeletedepa misi tak larat nak melayan dah. moga cepat sihatnya. tu dah ngantuk, maunya dapat bantal hanyut terus.
ReplyDeleteKesian juga bila tidak tahu hujung pangkal. Nak bertanya pun macam salah kaunter. Aduhai... Geram pun ada, kan?
ReplyDelete@Liza @ Adzriel AB
ReplyDeletebetullah tu liza... kecuali ada pegawai penerangan yang ditugas khas memberi penerangan, kan..
@azieazah
ReplyDeletebetul azie... mulalah menyesal tak jadi doktor dulu2.. :)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMoga mak cikgu dikurniakan semula kesihatannya..amin
sanak saudara digalakkan menziarah. pesakit pula perlukan rehat. sebabtu dihadkan waktu melawat. di kebanyakan hospital swasta bila2 masa boleh datang melawat sehingga mengganggu ketenangan pesakit untuk berehat pula.
ReplyDeletesemuga wak segera sembuh. masuk icu dia rupanya..
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam razak
harapnya begitulah ameen
@kakpah
ReplyDeleteyalah kak pah
ada baik dan buruknya melawat saudara yang sakit ni kan..
saya pon salu kes hidung cam tu~
ReplyDeleteassalam cikgu, lma dah sy x bersiaran.. hrp cikgu sihat hendaknya
ReplyDelete