Monday, June 20, 2011

Hidung bengkok dan rambut mengurai

Mangga.

Bila sebut mangga pasti ada yang mulutnya basah terliur. Itu tindakan spontan. Tidak boleh dibuat-buat atau ditahan-tahan.

Tapi, mangga yang hendak disebut ini, bukan mangga buah. Mangga kunci, fungsinya untuk mengunci, menjaga keselamatan. Mungkin ada barang berharga yang kita pasti ada orang lain berniat jahat ingin memiliknya, maka kita mengunci ia dengan mangga dalam bilik atau dalam peti besi.

Kalau kita mengunci orang dalam bilik? Kenapa? Takut orang lain yang berniat jahat itu menculik orang tersebut kah?

Aikk....?

Suara dari luar makmal. 

Pelajar pagi kelas paling hujung ini sudah lama keluar. Tinggal saya di dalam makmal, membersihkan mana yang patut dan menanda buku pelajar yang tadi. Kerja menanda seeloknya tidak ditangguh. Satu-satunya rutin yang saya cuba jaga amat, sebab bila sudah menangguh, pasti ia bertimbun-timbun, dan menanda buku bukanlah pekerjaan yang menarik atau adventurous.

Oh, rupanya guru dari sesi petang sudah bersedia untuk masuk menggunakan makmal tersebut bagi sesi pengajarannya. Cuma masalah beliau ialah beliau tidak dapat masuk ke dalam makmal tersebut sebab pintu grill tersebut berkunci dengan mangga, sedangkan saya duduk di dalam makmal tersebut...

Saya dikunci di dalam makmal.

Siapa lagi punya angkara?

Mmm, tak pe, Hana. Budak-budak tingkatan lima ni tadilah ,  diorang pi kunci mangga ni.

Cikgu Hana buat muka keliru. Kemudian tersenyum semula, bila saya keluarkan kunci mangga dari dalam hand bag dan membuka pintu makmal tersebut.

*apa akal ya, nak cari tukang kunci mangga ni tadi dan denda yang patut saya buat? 


beware
Jaga kau budak ! ... *bunyi suara ala-ala witch hidung bengkok dan rambut mengurai

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Hehehe...mesti budak tu x sengaja kot..
    Excited sgt nak balik...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cikgu,

    Nakal budak2 tu. Nasib baik cikgu ada kuncinya.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. lucu plak. kalau bukan budak tu tak sengaja, mesti ada budak2 yang sengaja nak mengenakan..

    ReplyDelete
  4. budak kelas 5B ke 5C cikgu?

    btw,witch zaman sekarang tak macam tu dah.Secreepy-creepy witch tu pun,tetap cantik.

    ReplyDelete
  5. cuba bayangkan cikgu tak ada kunci tu???hahahahahaha.masaklah jawabnya!!

    ReplyDelete
  6. He he... TAJUK tak menahan...
    p/s: Utk mencari si Tukang Mengunci tu, nanti Cg.Normah masuk kelas mereka dan nyanyi lagu Akok Ramlah Ram 'Kau Kunci....' lepas tu tengok reaksi pelajar tu... terasa atau tak... ha ha ha

    ReplyDelete
  7. nakalnya budak2 zaman sekarang heheh

    ReplyDelete
  8. senang je nak cari tukang kunci... setiap kali masuk kelas suh dorg duk berbaris, duk atas lantai, tulis nota kat luar. sampai ada yang mengaku.. sambil tu akak kunci pintu duk kat dalam. hahaha!

    ReplyDelete
  9. @Cik SHiNJU

    tak adanya tak sengaja shinju.
    memang dah tau perangai bebudak ni

    ReplyDelete
  10. @Kunang-Kunang

    kalau tak ada kunci, kena jerit kat pembantu makmal kat sebelah lah.... :)

    ReplyDelete
  11. @Gen2Merah

    memang perangai nak mengenakan cikgu... :)

    ReplyDelete
  12. @Azri the Accelerator

    saya witch dari old school..

    budak 5U azri

    ReplyDelete
  13. @Lizz

    ye la lizz... budak2 tu akan masak!

    ReplyDelete
  14. @NaeBlog

    nak menyanyi tu yang tak reti.... :)

    ReplyDelete
  15. @kj

    biasalah kJ
    makin lama zaman makin canggih teknologi... makin kreatiflah diorang ni

    ReplyDelete
  16. @g0m0k9enDek


    haha... bagus jugak tu, tapi takdenya diorang nak berbaris kat luar tu, hilang lesap ntah ke mana nantinya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.