Kisah ini sudah diulang tayang dalam fikiran saya entah berapa kali sudah. Sama butirnya, koma dan noktahnya juga sama pada hela nafas yang sama.
Tapi, tetap saya duduk di situ.
Membayangkan bau perigi di belakang rumah, mendengar kerik basikal yang dikayuh semasa mengangkat air bersih dari pili di tepi kedai India yang dimaksudkan dan merasa sakit di peha dicubit-cubit akibat perangai adik-adik. Dan saya ternampak-nampak budak kecil perempuan belasan tahun sibuk mengira duit syiling hasil jualan kedai runcit neneknya, sambil tangannya pantas menyeludup sesen dua ke dalam kantung baju kurungnya.
Dan waktu malam ada pakcik menjual buah berangan panas-panas lalu di depan kedai runcit mereka sambil budak perempuan itu berlari-lari dengan datuknya ke arah penjual berangan, membeli sekampit dua untuk dijamah selepas isya' nanti.
Kejap-kejap emak mertua menyeka airmatanya yang mengalir teringatkan aruah nenek dan datuknya sambil bercerita kisahnya yang entah sekian kali diulang-ulang. Kejap-kejap dia tertawa kecil menampakkan senyumnya yang masih manis, walau giginya telah banyak yang tanggal.
Saya pun ikut tertawa sama. Lucu itu masih ada walau telah banyak kali saya dengar. Ibarat menonton filem P Ramlee. Tak jemu.
Dan saya tetap menyoal, seolah-olah baru pertama kali itu mendengar. Entah.... kenapa, memang sifat saya begitu. Agaknya saya ada bakat mendengar seperti Doktor sakit jiwa. :)
Mengenang dan terkenang. Memang akan jadi rutin bagi insan-insan warga emas. Nanti saya pun begitu. Ada gembira dalam kenangan, segalanya jadi manis. Dan dalam masa yang sama, ada rasa pilu dan hirisan sayu menghiris kerana kita tahu ia tak akan kembali lagi, kecuali dalam mimpi-mimpi sahaja.
Selamat berSabtu semua.
~cikgunormah@klcitizen~
sungguh bagus menjadi pendengar setia..sy follow ckgu
ReplyDeleteselalu terbuai rasa terkenang kenangan indah..
ReplyDeleteSangat seronok dan rasa indah jer mengenang segala kenangan zaman lau... Terasa dunia indah dan ingin diulang kembali...
ReplyDeleteKenangan lalu buat kita terus menjadi dewasa.
Asal JumAAt jer, Sedekah Pisang...
bile kesunyian, pasti memori lama terkenang kembali...
ReplyDelete:)
banyak kenangan lama yang kekal di ingatan kerana ia terlalu indah untuk kita lupakan. Memang kita tak boleh kembali ke masa lalu tapi masa lalulah yang mendewasakan kita.
ReplyDeleteselamat bercuti cikgu.
saya mmg suka dengar masalah orang, or apa2 jek.gosip pun yek jugak.hahaha *gosip tu joke* -..-
ReplyDeletefor me, kalau mendengar tu dpt membantu org sikit..apa salahnya. and, hey bagus cara penulisan ni ;)
@HASNORWANI ...
ReplyDeleteterima kasih hasnorwarni
@abadi romeo
ReplyDeletemendengar kisah silam orang lain juga membuai perasaan
@azieazah
ReplyDeletebetul azie, tua dan matangnya kita kerana kenangan yang dikumpul2 ini lah
@chekgu BaniHassim
ReplyDeletebila dah tua nanti pasti sunyi
@kakpah
ReplyDeletemasa lepas ada yang tidak perlu kita kenang kan kak pah. jahatnya orang pada kita, biarkan saja, hanya ingat benda yang manis
@Lizz
ReplyDeleteboleh jadi terapi bagi kita juga, melupakan masalah kita sebentar :)