Saturday, February 2, 2013

tips menyelesaikan masalah






Nanti kalau kita berjumpa, ingat untuk bersalaman ya..

Mesej saya itu, saya hantar dengan rasa teruja sungguh.

Okay, jawab sahabat saya.

Sudah bertahun berkenalan, rasanya bersalaman dengannya sebelum-sebelum ini hanya dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Waktu itu, bersalaman dengannya mungkin untuk  meminta maaf sebelum bercuti untuk hari raya, atau mungkin juga bersalaman setelah lama tidak berjumpa berminggu-minggu kerana cuti sekolah. Itu pun, antara ingat dan tidak, dan entah yakah kami  bersalaman atau pun tidak.

Tapi, kali ini, berazam untuk berubah. Mahu, kalau boleh, setiap kali berjumpa dengannya atau dengan rakan-rakan di sekolah, tangan saya yang pertama dihulurkan untuk bersalaman.

Sunnah Rasul tu, kalau yang masih belum tahu. 

Rupanya sunnah yang semudah itu jika diamal, boleh juga membantu menyelesaikan masalah kita di dunia ini.


Bukankah masalah-masalah yang membelenggu kita itu sebenarnya ia juga adalah kurniaan Allah, mungkin berupa ujian atas kesilapan-kesilapan kita. Dan panduan siapakah yang selayaknya kita ikuti dan yakini untuk mengatasi masalah-masalah tersebut?

Ikhtiar diri dan upaya kita sangatlah terbatas, sebenarnya. Hanya sekadar berharap tulang empat kerat dan daya fikir sendiri sahaja untuk menyelesaikan masalah, boleh menyebabkan tekanan perasaan memuncak bila dilanda masalah yang kita sendiri tidak tahu kaedah penyelesaiannya.

Rupanya ada 10 cara mudah yang boleh kita amalkan dan dengan izinNya terungkailah masalah dan dipermudahkan urusan kita semasa masih hidup ini, iaitu:

  1. Berusahalah mengekalkan wudhuk
  2. Membaca al-Quran
  3. Berziarah sahabat dan saudara seIslam
  4. Bersalaman/ berjabat tangan dengan saudara seIslam setiap kali bila berjumpa
  5. Menghilangkan sebarang halangan yang ada dalam perjalanan
  6. Hadir dalam majlis ilmu
  7. Berzikir kepada Allah bila bersendirian
  8. Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  9. Memperbanyakkan doa yang baik untuk orang lain tanpa diketahui oleh orang yang didoakan itu
  10. Berdakwah di atas jalanNya.

Paling saya suka dan bersemangat sungguh ingin membuatnya adalah tips yang ke 9. Sangat mudah kan.

Jomlah kita amalkan bersama-sama. Moga dengan amalan kita itu, hati kita semua tenang, jiwa kita menjadi besar serta masalah kita menjadi kecil dan enteng di mata kita.

sumber

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Melalui pengamatan susah untuk memberi salam atau berjabat tangan setiap kali bertemu. Berbeze setiap kali mendapat latihan di Australia mat saleh sana akan bersapa setiap kali bertemu walaupun tak kenal begitu juga kalau mereka hendak pulang akan sapa dahulu. Saya rasa begitu asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mula dulu dgn org2 yg kita kenal, bila dah terbiasa kita perlahan-lahan buat dgn saudara seislam yg lain. In shaa Allah akan dimudahkan

      Delete
  2. Yang nombor 9 tu...adalah termasuk kawan-kawan, jiran-jiran, guru-guru kita... waima orang yang pernah bencikan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah apa yg azie tuliskan tu, kalau untuk orang yang menyakiti hati kita, kita doakan moga Allah berikan hidayah padanya .

      Delete
  3. Terima kasih atas tip yang bagus ni, Boleh dijadikan panduan dalam menjalani hidup.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.