Dalam beberapa hari ini, pandangan di sekeliling banyak mengajar saya. Walau mungkin tidak juga menyedarkan diri saya ini dengan sesungguhnya, tetapi pandangan yang terakam dalam fikiran saya itu banyak yang menyentuh hati.
Hidup dan mati hanya dipisahkan oleh masa sesaat.
Baru sebentar rasanya melihat seseorang itu hidup dan bernafas, berkongsi udara yang sama, dalam sekejapan mungkin, ibarat sesaat dalam kamus hidup kita, nyawanya Allah ambil semula terlebih dahulu. Ikhtiar manusia sangat terbatas, walau mengguna bermacam alat dan teknologi yang mungkin, nyawa manusia ibarat angin. Tidak seperti batang tubuh yang boleh dipegang, ditambat atau didakap kemas, nyawa manusia itu dibawah kuasa Allah yang menentukan.
Sebenarnya, Allah beri peluang pada saya dan ahli keluarga yang rapat untuk hadir dan 'berkampung' beberapa hari ini di Hospital Besar Kuantan, menemani ibu mertua saya yang masih lagi sakit saat ini. Doakan , moga Allah meringankan beban kesakitan yang mengisi setiap ruang darah yang mengalir dalam tubuh ibu mertua saya itu.
Para petugas di Hospital tersebut sangat membantu. Pastinya , mereka yang terpilih untuk berkhidmat membantu orang yang sakit, Allah kurniakan pahala yang berganda.
Itu, kata-kata seorang penceramah yang pernah saya dengar . Dan sangat saya bersetuju dengan kata-katanya itu.
Hidup ini sebenarnya saling memerlukan.
Sama ada kita kenal atau tidak, bila mana tindakan atau perlakuan seseorang itu telah memudahkan hidup kita, dalam apa cara sekali pun, hatta membukakan pintu untuk kita masuk, kita telah terhutang budi padanya, dan pahala Allah sahajalah yang dapat membalasnya.
Doa saya, moga kita juga Allah kurniakan pahala berganda atas tindakan-tindakan baik kita, sama ada tutur kata atau perlakuan kita setiap hari.
Salam ingatan.
~cikgunormah@klcitizen~

Kita sebenarnya terhutang budi pada ramai orang tanpa kita sedar.
Itu, kata-kata seorang penceramah yang pernah saya dengar . Dan sangat saya bersetuju dengan kata-katanya itu.
Hidup ini sebenarnya saling memerlukan.
Sama ada kita kenal atau tidak, bila mana tindakan atau perlakuan seseorang itu telah memudahkan hidup kita, dalam apa cara sekali pun, hatta membukakan pintu untuk kita masuk, kita telah terhutang budi padanya, dan pahala Allah sahajalah yang dapat membalasnya.
Doa saya, moga kita juga Allah kurniakan pahala berganda atas tindakan-tindakan baik kita, sama ada tutur kata atau perlakuan kita setiap hari.
Salam ingatan.
~cikgunormah@klcitizen~
suka dengan ayat "Hidup ini sebenarnya saling memerlukan."
ReplyDeleteSetuju, kita terhutang budi, mungkin terhutang nyawa pada ramai orang yg kita tidak kenal, dan tidak sedar pun hal itu.
ReplyDeleteSemoga ibu mertua Cikgu, segera sembuh dan kembali sejahtera.
Assalamu'alaikum Noramh
ReplyDeleteLama kak tak komen di sini.
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan Normah dan diringankan sakit ibu mertua.
Benarlah bahawa hidup ini saling memerlukan.
Moga-moga ibu mertua cikgu semakin baik keadaan kesihatannya. Benar secara sedar atau tidak kita terhutang budi.
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu Normah,.
ReplyDeleteSebenarnya banyak budi orang yang kita terima tanpa sedar. Contohnya ketika memandu, kalau tak kerana budi pemandu lain memberi kita jalan, mungkin kita susah juga.