Ada beberapa azam baru setiap kali memulakan persekolahan selepas cuti panjang. Antaranya ialah, berazam untuk lebih segera menghabiskan sukatan pelajaran yang masih bertimbun.
Biar panas atau hujan ribut, kalau boleh ingin saja saya redah keduanya, bagi memastikan sukatan pelajaran itu segera tamat. Walau pun saya tahu ramai guru-guru di luar sana yang telah pun habis melengkapkan sukatan pelajaran masing-masing dan saat ini sedang berhempas pulas pula membuat ulang kaji secara intensif, namun begitu 'rezeki' saya tidak semeriah itu bila menyentuh tentang menghabiskan sukatan pelajaran.
Azam yang lain pula, kalau boleh, tidak mahu marah-marah dengan budak-budak dalam kelas. Kalau budak-budak di luar kelas tu, taklah berazam sangat untuk tidak marah.
Kenapa?
Bila marah-marah dalam kelas sewaktu sedang berlari marathon menghabiskan sukatan, pasti tekanan darah meningkat naik serta merta dan 'mood' untuk berlari marathon akan segera lenyap. Dan pasti azam yang pertama itu tidak akan kesampaian.
Nizam, salinlah jawapan ni.
Membuat sesi pembetulan soalan peperiksaan Kertas 2 Kimia Ting 5 dalam kelas waktu itu. Setelah habis menulis dengan bersemangat sehingga penuh papan putih dengan contengan tulisan saya ala-ala doktor perubatan, Nizam yang saya panggil itu masih tersadai berehat di kerusinya.
Kecewa sedikit. Geram pun ada.
Tapi, saya tarik nafas panjang-panjang. Baru beberapa jam sahaja sesi persekolahan untuk penggal kedua bermula. Azam saya masih panas dalam dada.
Saya tak ada pen lah , cikgu.
Alahai.
Jawapan yang pasti meruntun hati guru-guru yang berjiwa besar. Guru-guru yang dalam hatinya penuh kasih dan sayang. Guru-guru yang dalam dadanya penuh tenang. Bukan guru yang dadanya masih panas dengan azam baru seperti saya.
Ini bukan kes anak terbiar atau anak yatim piatu berbaju koyak atau buruk sepatunya.
Bukan.
Nizam anak orang berduit. Bukan anak orang sebarang.
Bukan masalah tidak ada pen yang menjadi persoalan besar sebenarnya. Ada masalah lebih besar buat anak muda di depan saya ini.
Ah... saya memujuk hati.
Aduyai.
Salinlah Nizam.
Pujuk saya lagi.
Saya tak ada pen lah , cikgu.
Wajahnya selamba.
Cikgu ...!
Rakan di sebelah Nizam memanggil saya. Saya alih perhatian pada rakan Nizam. Mahu mendengar masalahnya pula.
Dia memang tak bawak pen ke sekolah. Dia cuma bawak pen-is je...
Tiba-tiba kelas jadi riuh rendah. Si Nizam hanya tersenyum lebar.
Suka.
Aiyo. Sampai bilakah azam ini akan bertahan panasnya dalam dada?
Salam kasih buat yang masih pening lalat.
sumber |
~cikgunormah@klcitizen~
Hahaaa...nak marah tapi dalam pada tu nak tergelak pun ada. Kalau tak sabar mau ada yg kena lempang.
ReplyDeletetu la jun. marah dam gelak :)
DeleteHehehe...sabar cikgu, sabar....
ReplyDeletehaha... insyaAllah :)
DeleteAmbil mudah sahaja anak-anak zaman sekarang.
ReplyDeleteTerlalu banyak yang mudah dalam hidup mereka kan
Delete