Monday, June 3, 2013

memang rindu sungguh





Alhamdulillah. Dapat solat dalam Hijr Ismail dengan tenang.

Saya baca berulang kali mesej yang tertera. Melihat gambarnya berulang kali. Rindu sungguh. Sungguh-sungguh.

Rindu dengan suasana di sana. Bumi barakah yang dikurniakan kehebatan oleh Allah. 

Yang menjadi tetamuNya sesungguhnya adalah insan yang dipilih. Bukan semua yang berkehendak dan berhajat serta berupaya harta dan masa, dapat berpeluang menjejak kaki di sana. 

noorul :)



Segalanya jadi mudah di sana. 

Masalah yang bersarang dan berkumpul dalam dada jadi kecil dan tidak bermakna tatkala berjalan perlahan mengelilingi kaabah. Dalam hati dan fikiran hanya dipenuhi hasrat mengabdi diri sepenuhnya kepada Allah. Tatkala mengatur langkah berlari anak menjalankan ibadah saie juga segala yang duniawi itu seolah ditinggal bersama tapak-tapak kaki tidak bermakna.

Bagi kita yang memang payah untuk ke sana, yang cuba-cuba mengumpul belanja dan sepanjang masa menghimpun doa agar Allah mempermudahkan segalanya, peluang yang sebegitu indah akan dikenang sepanjang hidup. Melekat dalam fikiran tidak akan dapat dikikis dari ingatan.

Dan sesekali bila melihat wajah yang disayang di sana, hati pun jadi rindu amat. 

Segala yang di sana kembali segar dalam ingatan. 

Nantilah, insyaAllah. Sampai juga nanti menunai kewajipan yang wajib pula. Kita doa sama-sama.


Salam ingatan.


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Insyaallah kak moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan semua urusan,.Aamin.

    ReplyDelete
  3. Huhu. Rindu. Semoga kita direzeki kan lagi untuk menjadi tetamu Allah dan penziarah rasulullah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.