Saturday, October 3, 2009

sunyi

bagaimanakah kita nanti bila tak punya kudrat lagi?
bila mata dah rabun, selera dah tiada, kulit berkedut seribu....

semalam,
sempat beraya di rumah rakan di kampung baru,kl.
seronok, sebab suasana dalam rumah macam di kampung,
luas, sebab rumah lama.

berjumpa dengan emaknya,
sedang berehat di bilik,
tak berapa sihat.
alhamdulillah, sahabat saya anak yang baik.
emaknya terjaga rapi.

bertanya,
makcik, petang2 berjalan kat luar rumah ke tak?ambik angin petang....

jawab beliau,
tak, sejak terjatuh diragut depan rumah semasa membuang sampah,
trauma dah sekarang, dok terperuk dalam rumah je lah...

kesian mendengarkan.
terpenjara di rumah sendiri.
rakan2 taulan dah ramai yang menyahut seruan illahi.
suami tercinta pun begitu juga.
bila sahabat saya pergi bekerja,
tinggallah makcik seorang diri.

agaknya, begitukah saya nanti....
itulah , saya selalu berharap, agar hidup tua saya nanti
masih ada suami, sahabat handai dan anak di sekeliling saya.

tamak?
tidaklah....
takut kesunyian.
tapi, bila di pikir2
kat kubur lagi berseorangan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. Salam Aidilfitri (masih beraya, kan!).
    Owhh .. takutnya. Dah cukup ker bekal mati kita nanti?
    Owhh .. takut!!
    Semoga Allah melindungi .. Amin!!

    ReplyDelete
  2. Dear Kak,
    banyak maksud tersirat/tersurat nie..

    sunyi memang menyakitkan tapi nak buat cmna..

    kena hadapi juga.

    happy weekend..

    selamat bersama family..

    ReplyDelete
  3. Salam Normah.

    Jawapan kpd takut bersendirian ada kat dalam blog kak,di sini http://permatainn.blogspot.com/2009/10/aku-cinta-kamu-bukan-cinta-biasa-2.html harap dapat baca ya.. kakak pun dengar dp Ustaz.. semoga dapat manfaat.wallahua'alam.

    ReplyDelete
  4. salam cikgu
    insyallah mudah-mudahan nanti anak2cikgu akan jaga cikgu nanti. Lagipun cikgu2 ni jarang sunyi mesti ada yang ingat sebab mempunyai anak didik yang ramai.
    Kalau di kubur nanti pun masih lagi ada yang teman:amal jariah ilmu yang cikgu sampaikan kepada anak murid.

    ReplyDelete
  5. Salam kak,

    Sunyi... bab nie terasa juga macam mana lah agakya kakak ipar saya yang baru meninggal dunia 1 10.09 di terenganu tentu sunyi kan tapi allah lebih menyayagi dia kami redha

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...

    kita dtg dlm keadaan sunyi seorang diri dalam rahim dan akan kembali dlm keadaan sunyi seorang diri dlm kubur...

    ReplyDelete
  7. Salam Teacher..

    SUNYI adalah satu hakikat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh setiap insan pada waktu2 yg tertentu dan kenyataan yang paling pahit adalah apabila dialam kubur..itu yg paling menakutkan kerana ia bakal merupakan salah satu jalan kesyurga atau keneraka..takut utk memikirkan kalau2 selepas disoal siasat oleh malaikat dosa lebih banyak dari pahala..

    ReplyDelete
  8. erm..sy yg awal 20-an ni pon slalu jgk terpkir mcm akak bile jenguk nenek ngn atok kt kmpg...

    ReplyDelete
  9. diragut ketika membuang sampah? takkan nak ragut sampah tuh cikgu? aduuii...melampau betul.

    cikgu,
    ramai lagi org2 sunyi di luar sana. contohnya si bujang2 yang tak kahwen sehingga tua. tp kita boleh buat kerja kemasyarakatan, insyaAllah...dari layan sunyi tuh, kita buat amal:)

    * cita2 sha...saja nak kongsi dgn cikgu.

    ReplyDelete
  10. harap-harap bila tua nanti taklah sampai kena duduk rumah orang-orang tua.

    ReplyDelete
  11. dulu saya pernah cakap, tapi lupa kata siapa. bahawa "sunyi itu adalah kawan kita yang paling karib. bila orang lain semua tak ada, dia pasti akan datang menemani kita"

    ReplyDelete
  12. citiz,
    akan sampai waktunya kita menghadapi pelbagai keadaan. Malah kekadang tak terduga pun.

    Dan kita kena buat persediaan untuk menghadapinya.

    ReplyDelete
  13. Salam, Aduh sedih betul...Sunyi dan sepi adalah untuk kita bermuhasabah diri...cintailah sepi

    ReplyDelete
  14. kadang2 waktu2 ini terasa sunyi gak sebab anak2 tak ada...jadi dah biasa( sekarang le - tak tau la akan datang ) - untuk itu dengan keje2 yang banyak - saya juga "sibukkan" diri - jadi masa sentiasa terisi!

    ReplyDelete
  15. kubur itu bknlan tempat menyeksakan jika kita beriman..malah turut diterangi dngn cahaya lagi bg kubur2 orng yg beriman..mudah2an Allah mengasihi kte hndknye.insyarallah

    ReplyDelete
  16. sunyi tu rakan kita palaing karib... kadang2 menyeksakan, kadang2 memang keperluan.

    di kubur nanti kita akan keseorangan.. tapi tak akan kesyunian... Kedua-dua Malaikat Tuhan akan sentiasa bersama kita... kalau bernasib baik, akan diutuskan bidadari syurga untuk sementara agar kita boleh merasai nikmat syurga sebelum mendapat syurga sebenar... kalau benasib malang... akan ditemani ular-ular besar yang mebelit mematah riukkan sendi, ulat2 belulang yang...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, syukur kerana Cikgu dapat lagi ziarah raya ke rumah kekawan, apabila Akhi baca crita Cikgu, seolah-olah sebagiannya apa yang Akhi alami sekarang ini, tidak lagi dapat lagi pergi ziarahi raya seperti tahun tahun sebelumnya, tetapi Akhi rasa syukur kerna ramai sanak saudara yang datang zirahi raya ke pondok dan juga ziarahi Akhi, Akhi juga memanjat berbanyak-banyak syukur ke hadrat Illahi kerna d beri oleh Nya dapat lagi membaca blog-blog teman-teman blogger dan dapat juga sikit=sikit menulis...

    ReplyDelete
  18. Salam
    mungkinkah akan ketemu jua rasa sunyi itu..?
    Yang pasti tiba masanya jua..keseorangan mengadap Ilahi..

    ReplyDelete
  19. takpe akak teruskan menulis kami teman kan akak di sini

    ReplyDelete
  20. takpe akak teruskan menulis kami teman kan akak di sini

    ReplyDelete
  21. takpe akak teruskan menulis kami teman kan akak di sini

    ReplyDelete
  22. Insyaallah.. cikgu takkan kesunyian, jgn pikirkan pun

    ReplyDelete
  23. ahaii takpe sunyi ni kadang2 perlu juga untuk kita.. tike time orang kata.. ewah..

    tapi kesunyian jangan dilayan sgt nanti mcm2 yang jadi kat kita.. fikiran leh merewang sampai tahap yang tak pernah kita fikirkan.. chewah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.