... bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan
Dua orang sahabat karib A dan B pergi mengembara. Di tengah perjalanan berlaku sedikit pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan marah, A memukul B.
Dengan hiba, B mengambil ranting kayu dan menulis atas pasir. "Hari ini sahabat baikku telah memukulku"
Lalu, mereka teruskan perjalanan. Di tengah jalan, mereka terjumpa sebuah tasik. Si B terjun ke tasik untuk menyejukkan badannya. Tiba2 dia gagal mengawal diri dan hampir lemas.
Si A terjun dan menyelamatkan si B. Setelah selamat, B mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu. "Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku"
Si A bertanya, "Tadi sewaktu aku memukulmu, kau tulis di atas pasir dan mengapa sekarang kau memahat di atas batu?"
Si B menjawab, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila2"
Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarlah ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segera boleh melupakannya.
Namun sebaliknya, apabila kita mengecap nikmat Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila2.
Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki: Lupakan dan maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur, dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.
* artikel dari buku
U-Turn ke jalan lurus oleh Ustaz Zul Ramli M. Razalim/s 20

Salam
ReplyDeleteAgar tiada dendam di hati..
Kerna ia bisa meruntun jiwa nan gelisah..
Kemaafan itu adalah yg terbaik..:):)
Dear klcitizen,
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengingatkan... :)
Memberi kemaafan pada seseorang menghilangkan rasa dendam kita pada seseorang dan menjadikan hati kita tenang.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBetapa indah jika dpt saling memaafkan semasa berada di dunia.. krn pengadilan di sana nnt ambil masa yg lama.
assalamualaikum...
ReplyDeleteSaling memaafkan itu kan baik.
Mungkin kita di belanggu perasaan ego yang terlalu tinggi hingga kita sukar untuk 'memaaf' dan 'memberi kemaafan'.
Asal rakan suluh di gelap,
Maka hadirnya jangan permudah;
Asal insan lupa dan silap,
Maka maafnya itu yang indah.
ampunkan org lain, mungkin org lain ampunkan kita. mana tau...nafas yang terakhir tuh di waktu tido.
ReplyDeletekan cikgu?
cgu.
ReplyDeletemenariknya N3 ni..
sebab kadang2 siapa tahu - hidup yang macam2...
dengan ilmu ini - kita harap ada tindakan yang lebih baik...
salam cikgu ...
ReplyDeletekan ada seorang insan di zaman Rasulullah yg telah dijanjikan syurga untuknya ,hanya semata-mata amalnya cuma memaafkan semua orang ketika hendak tidur..
begitu mudahnya janji Allah untuk hambaNya , tetapi mengapa terlalu ramai di antara kita semua yg suka berdendam ???????.
memang rasa seronok selepas memaafkan orang lain...hati tambah tenang dan kehidupan lebih ceria!!!
ReplyDeleteSaya suka N3 nih...
ReplyDeletesuka sgt..
I Likeee...
menarik
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteyerp, perlu ikhlas berkawan.
Baru ada kemaafan.
utk kengkawan blog? sye kan?terima kasih,akak:p
Betul.. itulah tips nyer utk tenang dan damai..
ReplyDeleteLagi kita menyimpan dendam... lagi jauhlah kedamaian yg kita cari2!
salam
ReplyDeletebetul sesangat. tapi kadang2 (termasuklah saya) tulis terbalik. yang sedih tulis atas pasir yang mengembirakan tulis atas batu.
lumrah dlm persahabatan mmg gitu ada gak selisihnya, tapi elok bermaafan
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletePernah terbaca ada seorang hamba dimasukkan oleh Allah ke dalam kesyurga hanya kerana beliau mengamalkan sifat ini iaitu memaafkan oranglain sebelum tidur stp malam...
Dear Kak,
ReplyDeletekisah menarik.
i like it..
thanks kak..
sengsara biarlah singgah sementara cuma..
yang indah kekal dalam ingatan..
indah hidup ini..
Salam Kak,
ReplyDeletekadang kala kita dah maafkan tapi perbuatan tu tak dapat kita lupakan tu yang kalau nak berbaik macam dulu2 tu susah sikit le...
kalau saye failed kimia boleh maafkan jugak ye cikgu ? hehe xD
ReplyDelete