perjalanan hidup masing-masing,
tak siapa yang tahu penghujungnya bagaimana.
adakah semestinya insan yang di awal hidupnya baik,
akan sentiasa berada di dalam keadaan sedemikian.
Semua pun tahu,
tak semestinya begitu.
Apabila melihat,
adik-adik muda yang sudah jauh tergelincir dengan ketagihan dadah,
sayu sungguh rasanya.
Melihat adik-adik muda yang tidak terurus ,
bercakap bagai orang tak betul,
terasa kalau Allah beri kuasa menyedarkan mereka,
alangkah baiknya.
Kesilapan siapa...
tidaklah saya berdaya menjawabnya,
tetapi di sebalik setiap insan ini, pastinya ada orang yang sangat menyayangi mereka suatu masa dulu.
Pasti juga, ada seorang ibu suatu waktu dulu yang sembilan bulan dari hidupnya,
dengan payah , menaruh harapan agar anak yang lahir nanti
menjadi insan yang berjaya.
Salah siapa,
bukan kita penentunya.
Pasti, dalam susur galur awal kehidupannya,
bukanlah penghujung sedemikian yang tercatat dalam benak fikir mereka.
Kalaulah masa boleh berulang kembali,
saya yakin, mereka tidak akan memilih liku hidup sedemikian.
Tapi, tak siapa yang pasti, apakah itu sudah akhir mereka.
Mungkin sisa-sisa akhir nafas mereka nanti,
dipenuhi taubat yang tulus mengharap reda Allah.
Itulah yang sempat saya lihat pada seorang saudara saya di akhir hidupnya.
Peristiwa yang sudah lama berlalu,
tetapi sesekala ia menjengah kotak fikir saya semula,
apabila melihat 'mayat-mayat hidup' ini di jalanan.
Kadangkala,
saya yang cetek ilmu ini terfikir.
Mungkin dosa itu ada rahmatnya.
Kerana dengan dosa yang tertakdir, memungkinkan insan tersebut menjadi mukmin yang lebih baik akhirnya nanti dengan kehendak Allah.
Tanpa dosa,
mungkin dia nanti hanya sekadar muslim yang baik,
tanpa rasa mengharap yang membulat dari tuannya.
Entahlah,
tapi yang saya pasti,
doa dari ibu dan ayahnya tak pernah putus.
Begitu jugalah yang saya doakan
untuk adik-adik kita yang masih berenang dalam liku yang perit itu.
Moga Allah menunjukkan jalanNya.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.