Sunday, October 28, 2012

tua bersama

Mesej yang semalam menghantui saya.
I couldn't sleep. 
The temperature is there to surprise me again. Only after 4 hours of that strong medication, the temperature escalated to 38.5 degrees. Gave her double doses oral medication. Hopefully she fights strongly today to be well. 
I'm scared. Pray for her.

Risau dan ketakutan .

Tetapi saya tahu risau dan takut yang terisi dalam hati sahabat saya itu berkali ganda besarnya dari risau dan ketakutan saya. Rasa itu pastinya melimpah ruah dalam dada dan fikirannya.

Ibu waras mana  tidak berasa yang sama jika anak yang satu masa dahulu dikandung dan dikendong saban masa, terbaring lemah dan kuasa serta upaya sang ibu waktu itu sangat terbatas. 

Dan saya yang bergelar sahabat ini juga tidak berupaya mana. 

Hanya doa, doa dan doa sahaja yang bisa dipanjatkan, moga Allah mendengar dan mengasihani hamba-hambaNya ini. Bahawasanya hamba-hambaNya ini tahu bahawa mereka ini sangat lemah, tidak berdaya dan tidak punya apa-apa untuk dipertaruhkan agar harapan dan keinginan mereka ini dapat dimakbulkan.

Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu ~ Apa yang telah diberi vs Apa yang dipinta 

Dan pagi ini, khabar baik yang saya terima.

Alhamdulillah. Moga si puteri suci bertambah sihat dan sembuh seperti sedia kala.

Tapi, apakah sebenarnya yang sangat menakutkan dan sangat merisaukan?

Kehilangan.

Kehilangan orang yang kita kasihi. Menulis perkataan ini juga sudah menyedihkan. Apatah lagi kalau mengalami situasi tersebut. Nauzubillah.

Tapi memang kita tahu bahawa kalau tidak kita yang kehilangan orang yang kita kasihi, mungkin orang yang kita kasihi itu pula akan kehilangan kita. Sebab kita memang fana, tidak tahu bila , di mana dan  bagaimana berpisahnya kita nanti.

Hari ini kita bersenda gurau bersama, mana tahu nanti salah seorang dari kita menangisi ke atas seorang lagi kerana penghijrahannya ke alam yang lebih kekal .

Suka dan duka bersilih ganti. Memang.

Dan bila saat itu datang nanti, terpaksa kita harungi sedih dan payahnya beban rasa yang berkumpul dalam dada itu.
“O Allah! Grant me Your love, and the love of a person whom my loving him will be of benefit to me near You. O Allah! Whatever You have granted me from what I love, make it a means of strength for me to use in the way You love. O Allah! Whatever love (of things) You have removed from me then grant in its place the love (of things) that You love.” (Tirmidhi) ~ When Things are Lost
Villecroze Two Old Chairs


* p/s : Dan kalau boleh Ya Allah, biarlah kami tua bersama.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Kita selalu berharap yang baik-baik sahaja. Yang indah indah dan gumbira sentiasa. Takdir setiap orang, siapa kita hendak menentukan...

    ReplyDelete
  2. tua bersama dalam ikatan yang membahagiakan...itu lah idaman setiap pasangan...

    ReplyDelete
  3. mmg indah jika bahagia sampai ke tua.. :)

    ReplyDelete
  4. bila baca tajuk ni baru terperasan..."aku dah tua"

    ReplyDelete
  5. tiada perkara yang kekal dalam hidup. sejauh mana sayang kita pada sesuatu, kelak kita pasti akan terpisah.

    ReplyDelete
  6. Bila melihat kawan-kawan mula putih rambutnya. Saya pula semakin kerap membelek rambut. :-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.