Saturday, April 27, 2013

Layanan taraf hotel berbintang






Kadang, orang yang dipimpin itu sendiri yang merosakkan pemimpin..

Ya, kompang dan bunga manggar, jangan lupa

Pembawa bunga pahar juga, pastikan yang comel-comel. 

Permaidani merah dari hujung sini ke hujung sinun, ya.

Pinggan yang diguna, kalau boleh biarlah kaca import. Kita tak main pinggan-pinggan melamin ni, tau. Sudu, ya, sudu tu mesti disusun ala Barat gitu, supaya dia yang datang ini tahu kita juga ada kelas tersendiri.

Oh , tukarlah langsir itu, kusam sungguh warnanya . Apa? Masih elok? Oh simpanlah, kita guna yang baru. Yang nak datang ini bukan orang sebarang. Nak merasmi dan menepung tawar. Janganlah bagi malu sanak sedara.

Oh, atas meja nanti letakkan sedikit buah tangan untuk Yang Berhormat nanti. Buah tangan apa? Oh , buah-buahan khas, bukan yang dibeli di pasar, tapi di De Mall, dan kain batik eksklusif, bukan harga promosi. Kita kan ada kelas, bukan orang biasa seperti dia juga.

Kita buat ala kadar sahaja ya, tapi pastikan kuih manis dua jenis, nasi ayam hainan, meehoon goreng ala-ala Singapore gitu atas meja. Layanan macam di hotel tu. Buah jangan lupa. Dua. Dua jenis. Kalau potong buah tu biar sama tebal. Jangan buat malu. Macam tak reti nak melayan. Oh ya YB sukakan nasi berimpit dan rendang ayam. Air? Air panas, kopi emas dan air sejuk , kalau boleh air limau asam boi, ya. Letak rapat-rapat, senang YB nak mencedok nanti . Malu ah, kalau jauh-jauh dan dia terhulur-hulur tangan, kang tak makan, kita jugak yang malu. Macam tak pandai melayan.

Oh... sampai je dia  nanti, pastikan ada tarian. Ala..., panggillah anak-anak gadis kita yang genit tu, ini kan budaya tradisi, menerima tetamu dan melayan, biar dia suka dan hendak datang lagi. Senyum. Senyum. 

Apa? 

Kos semua ni?

Oh, kita buat dulu, mana tahu YB akan hulur-hulur duit sikit. Kita dulukan duit kita. Masa inilah kita berkorban. Insya Allah, Allah akan balas usaha kita.


Rasanya sama sahaja di mana pun. Baik organisasi itu sebuah kampung atau sebuah jabatan. Kadang, menyambut dengan acara terlebih. Membazir masa, tenaga, fikiran dan harta awam.

Making things hard and difficult is the job of the foolish, making things easy and part of the book (al-Quran) is the job of the faqih ~ Imam Sufyan al-Thawri



Salam merepek dan meluat.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 10, 2013

nak mengundi siapa ?




Hujan lebat sungguh waktu saya menulis ini.

Mungkin mahu menyejukkan banyak hati di luar sana. Panas dek bermacam isu hangat dan sensasi.

Awak mengundi tak?

Panas telinga dan panas hati waktu itu disurutkan dengan air nescafe o ais. Pesanan doktor bahawa ais itu sangat tidak baik untuk kesihatan saraf, sedikit pun tidak saya endah. Meski pesanan itu memang sedikit sebanyak saya akui kebenarannya tetapi saya juga tahu pengetahuan sahaja tidak semestinya akan melahirkan tindakan yang betul. 

Yang menatijahkan tindakan adalah rasa paling dalam.

Bila mual yang kita rasa, pasti tindakan kita akan kita juruskan untuk menghilangkan rasa tersebut.

Mengundi kan rahsia, pergi mengundi pun rahsia lah jugak....

Selamba rakan saya menjawab. Keselambaan itulah yang menyenangkan. Deraian ketawa mengiring jawapan tersebut. Rakan-rakan yang berada di sebelah juga turut bergelak sama.

Lucu.

Teringat entri saya yang dulu 'Bulan Madu di Awan Biru'  tentang mengundi kerajaan ...




Ya... sudah ada undang-undang baru ke?

Jom kita mengundi nanti 5 Mei 2013. Kosongkan kalendar anda  pada tarikh tersebut ..



~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...