Saturday, April 27, 2013

Layanan taraf hotel berbintang






Kadang, orang yang dipimpin itu sendiri yang merosakkan pemimpin..

Ya, kompang dan bunga manggar, jangan lupa

Pembawa bunga pahar juga, pastikan yang comel-comel. 

Permaidani merah dari hujung sini ke hujung sinun, ya.

Pinggan yang diguna, kalau boleh biarlah kaca import. Kita tak main pinggan-pinggan melamin ni, tau. Sudu, ya, sudu tu mesti disusun ala Barat gitu, supaya dia yang datang ini tahu kita juga ada kelas tersendiri.

Oh , tukarlah langsir itu, kusam sungguh warnanya . Apa? Masih elok? Oh simpanlah, kita guna yang baru. Yang nak datang ini bukan orang sebarang. Nak merasmi dan menepung tawar. Janganlah bagi malu sanak sedara.

Oh, atas meja nanti letakkan sedikit buah tangan untuk Yang Berhormat nanti. Buah tangan apa? Oh , buah-buahan khas, bukan yang dibeli di pasar, tapi di De Mall, dan kain batik eksklusif, bukan harga promosi. Kita kan ada kelas, bukan orang biasa seperti dia juga.

Kita buat ala kadar sahaja ya, tapi pastikan kuih manis dua jenis, nasi ayam hainan, meehoon goreng ala-ala Singapore gitu atas meja. Layanan macam di hotel tu. Buah jangan lupa. Dua. Dua jenis. Kalau potong buah tu biar sama tebal. Jangan buat malu. Macam tak reti nak melayan. Oh ya YB sukakan nasi berimpit dan rendang ayam. Air? Air panas, kopi emas dan air sejuk , kalau boleh air limau asam boi, ya. Letak rapat-rapat, senang YB nak mencedok nanti . Malu ah, kalau jauh-jauh dan dia terhulur-hulur tangan, kang tak makan, kita jugak yang malu. Macam tak pandai melayan.

Oh... sampai je dia  nanti, pastikan ada tarian. Ala..., panggillah anak-anak gadis kita yang genit tu, ini kan budaya tradisi, menerima tetamu dan melayan, biar dia suka dan hendak datang lagi. Senyum. Senyum. 

Apa? 

Kos semua ni?

Oh, kita buat dulu, mana tahu YB akan hulur-hulur duit sikit. Kita dulukan duit kita. Masa inilah kita berkorban. Insya Allah, Allah akan balas usaha kita.


Rasanya sama sahaja di mana pun. Baik organisasi itu sebuah kampung atau sebuah jabatan. Kadang, menyambut dengan acara terlebih. Membazir masa, tenaga, fikiran dan harta awam.

Making things hard and difficult is the job of the foolish, making things easy and part of the book (al-Quran) is the job of the faqih ~ Imam Sufyan al-Thawri



Salam merepek dan meluat.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Tidak dinafikan memang ada layanan sebegitu. :-)

    ReplyDelete
  2. Betul kak. Yang paling tak boleh terima, jemputan VIP tu kadang-kadang datangnya tak sampai 15 minit kemudiannya berlalu. Alahai, persediaan membazir masa seminggu dan menelan kos yang agak tinggi. Orang yang dirai tengoknya pun idak hehe.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.