Setelah habis menonton gambar-gambar jari di sekitar garis masa muka buku, sekarang adalah saat-saat membaca puluhan perkongsian tentang analisa dan post mortem PRU 13.
Rupanya ramai sungguh ahli politik tak bertauliah dan lulusan sains politik tak berijazah di luar sana, seperti mana juga ramai sungguh ustaz dan ustazah serta lawyer dan lawyeress (perkataan yang ini rasanya tak wujud).
Terpulang.
Nak baca, bacalah.
Tak nak baca, jangan baca.
Terpulang juga. Nak komen atau tidak. Nak like atau pun tidak.
Tapi yang saya pasti, dalam perbezaan pendapat, penerangan yang ditulis serta dihujahkan, pilihan yang menjadi kesukaan atau pun kebencian, setiap seorang tersebut punya niat yang baik , mahu memberi faham kenapa dan mengapa. Mahu menunjuk arah jalan yang dirasanya betul dan jelas.
Cuma terkadang ..
Keinginan agar orang lain itu mengikut kita dan bersetuju dengan pendirian kita itu terlampau melampau. Sehinggakan perkataan yang diluah dan ditulis itu menjadi kasar dan senang saja menghiris perasaan orang yang membacanya.
Kawan menjadi lawan dalam sekelip mata dek kerana berbeza pendapat dan pendirian.
Ramai kita meminta orang lain terlebih dahulu untuk menerima kritikan, nasihat dan pendapat yang kasar, dari tulisan dan mulut kita, dengan redha, tanpa meletakkan diri kita sebagai yang menerima tempias kata-kata kita sendiri. Cubalah kita melihat ayat kita semula dan meletakkan diri kita sebagai kawan kita itu.
Kita rasa kita yang betul. Tapi jangan lupa, kawan kita juga merasakan dianya betul.
Dan berbalah tetap tidak akan ke mana.
Saya masih merasakan dunia politik di Malaysia masih belum matang walau pun usianya sudah melebihi 50 tahun. Oh, tidak, saya bukan mahu menjadi salah seorang penganalisis politik tidak bertauliah. Tetapi hanya mahu menulis pandangan satu sen saya sahaja.
Saya merasakan dunia politik yang saya kenali di Malaysia waktu ini seperti ketandusan pemimpin yang hebat. Mungkin saya salah. Tetapi ini kan pandangan saya dari kaca mata saya yang makin tebal.
Saya kira bagi persediaan masa-masa akan datang, anak-anak kita di sekolah perlu didedahkan dengan cara berpolitik yang matang dari peringkat sekolah menengah atas lagi. Sebagai contoh, pemilihan Pengawas dan Ketua Pengawas di sekolah perlu digalakkan diadakan pilihan raya kecil sekolah, kempen dan debat dimestikan dan perlu di bawah pengawasan guru sebagai aktiviti kokurikulum.
Pasti menarik. Dan bakat kepimpinan anak-anak muda ini boleh dicungkil dari peringkat awal lagi.
Mungkin di sekolah anda perkara ini sudah pun terlaksana dan telah membudaya dalam sekolah. Tetapi saya pasti banyak sekolah di luar sana yang masih tidak pernah melaksanakannya.
Dan pendapat saya , yang mana anda boleh sahaja tidak bersetuju ialah, sudah tiba masanya kita mendidik anak-anak kita di sekolah untuk menjadi ahli politik dan berpolitik secara sihat.
Salam pasca PRU 13.
~cikgunormah@klcitizen~
Menarik cikgu.. asah dari awal.
ReplyDeletebetul kan.. teringat masa zaman saya di sekolah menengah Main Convent, Ipoh. Perkara ini ada dilakukan, tetapi tidak di SM Sains saya dulu. :)
DeleteMenarik cikgu.. asah dari awal.
ReplyDeleteNiat politik sudah berubah sejak selepas Merdeka. Cuma rasa malu apabila masyarakat luar lihat sikap kurang matang.
ReplyDeleteItulah... kerana melihat politik adalah cara menambah pelbagai kesenangan hidup
DeleteUsia politik kita melebihi 50 tahun tu dah kira matang kak tapi orang2 yang mengendalikan politik tu yang tak berapa matang. Itu pendapat Ainalah.
ReplyDeletebetulla juga dari satu sisinya aina..
Delete