Saturday, May 25, 2013

bercuti seberang tasik




Tuliskanlah doa yang nak dikirim tu.

Mendengar katanya, saya mula merangka ayat dalam kepala. Oh, segala benda kalau boleh hendak diminta. Segala yang baik-baik dalam benak ingin agar Allah makbulkan.

Tak payahlah. 

Eh, bukan saya merajuk. Tdak ada apa yang hendak dirajukkan waktu itu. Muka sahabat saya itu saya tenung. Nampak hairan. Yalah, berkali dari dulu saya mengingatkan dia agar jangan lupa tolong menyampaikan doa  saya nanti di tanah suci Mekah. Dan bila saat dia meminta saya menyatakan doa saya, itu pula jawapan yang saya berikan.

Saya taknak tulis. Tapi doakanlah untuk saya apa yang terlintas waktu itu dalam ingatan awak tentang saya. Itulah yang terbaiknya. Moga Allah makbulkan doa yang tidak diketahui  oleh sahabat yang didoakan itu.

Dia senyum tanda faham.

Dan saya mendoakan juga nanti untuknya agar Allah memudahkan ibadahnya di sana nanti dan selamat beliau sekeluarga pergi dan kembali ke tanah air .

Bukan dia sekeluarga sahaja yang akan ke sana. Saya tahu. Ramai di luar sana. Rakan-rakan di sekolah juga ramai yang berpeluang ke sana.

Tetamu-tetamu Allah yang terpilih atas izinNYa.

InsyaAllah nanti saya juga akan menyusul. Bila? Entahlah... wallahualam.



minit ke 00:47  "And the hadith says that charity (You know) the charity would actually   extinguish the calamity that is coming in your direction. So, before embarking into a journey you give a little bit of charity. When something important is about to happen you give a charity, before an  examination happens you give a charity. To whom? To those that accept it. The poor. So when you look at the poor person, speak to him with respect. Consider him a gift of Allah, sent  to you ..."

Jom... sebelum kita berangkat untuk kemana-mana nanti, walau bercuti di seberang tasik sahaja pun, kita bentuk dahulu personaliti seorang Muslim, seperti yang dipesan oleh  Mufti Zimbabwe itu.

Salam ingatan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. ...salam cikgu Normah...
    lama mamijat x menyapa...
    semoga kita sentiasa dalam lindungan dan mendapat rahmat serta keberkatanNYA...amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela... saya pun lama sungguh tak berziarah di alam siber ini. Harap mamaijat sihat. Sekamat bercuti. Dan amin untuk doa.

      Delete
  2. Salam Cikgu Norma dan selamat bercuti.

    InsyaAllah semoga niat dan hajat Cikgu untuk kesana ditunaikan juga nanti.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.