Hujan lebat sungguh waktu saya menulis ini.
Mungkin mahu menyejukkan banyak hati di luar sana. Panas dek bermacam isu hangat dan sensasi.
Awak mengundi tak?
Panas telinga dan panas hati waktu itu disurutkan dengan air nescafe o ais. Pesanan doktor bahawa ais itu sangat tidak baik untuk kesihatan saraf, sedikit pun tidak saya endah. Meski pesanan itu memang sedikit sebanyak saya akui kebenarannya tetapi saya juga tahu pengetahuan sahaja tidak semestinya akan melahirkan tindakan yang betul.
Yang menatijahkan tindakan adalah rasa paling dalam.
Bila mual yang kita rasa, pasti tindakan kita akan kita juruskan untuk menghilangkan rasa tersebut.
Mengundi kan rahsia, pergi mengundi pun rahsia lah jugak....
Selamba rakan saya menjawab. Keselambaan itulah yang menyenangkan. Deraian ketawa mengiring jawapan tersebut. Rakan-rakan yang berada di sebelah juga turut bergelak sama.
Lucu.
Teringat entri saya yang dulu 'Bulan Madu di Awan Biru' tentang mengundi kerajaan ...
Ya... sudah ada undang-undang baru ke?
Jom kita mengundi nanti 5 Mei 2013. Kosongkan kalendar anda pada tarikh tersebut ..
~cikgunormah@klcitizen~
salam..
ReplyDeletemengundi tak lama pun Cikgu
30 min selesai..lepas tu boleh
sambung shopping kat Tesco..huhu
ps# pilihlah calon untuk perubahan..
dah lama sangat dah...
perubahan adalah tuntutan
Deletebersetuju
Deletenice blog... btw, mohon pautkan blog sy disini ya
ReplyDeletehttp://kongsihal.blogspot.com/
blog tn/pn/cik dah pun sy pautkan disana.. tq!
terima kasih dan insyaAllah
DeleteFahaman anak sekolah penjawat awam perlu mengundi Barisan Nasional. :-)
ReplyDeletesaya dulu2 pun berfikiran begitu
Delete