Friday, December 8, 2017

Friends Don't Lie






"Friends don't lie ..."

Ayat tersebut muncul tiba-tiba dalam ruangan skrin di telefon saya. Saya tengok pengirimnya . 

"Dah kenapa ni?" 

Nama pengirim mesej tersebut memang saya kenal sangat. Pemesej tegar dalam henfon saya. Kalau ayat-ayat begitu dalam bahasa london pulak tu, memang pasti ada sesuatu yang tak kenalah. 

Puas saya memikir.

Bila pulak saya menipu? Rasanya hari itu adalah hari suci bagi saya. Kahkahkah. Sebab hari tak bersekolah, jadi kuranglah aktiviti nak marah, bergosip, membebel dan sebagainya.

"Ok tak ni?"

Saya memancing jawapan. 

"Ok"

Ringkas sahaja jawapannya.

Sahlah sudah. Ada yang tak kena ni. Mesti ada saya buat salah.  Biasanya kalau keadaan biasa, pasti jawapan dari sahabat saya ini tidak seringkas itu. Kalau sehingga dua huruf sahaja yang ditaipnya, pasti... pasti ada yang tak kena. Saya menipu apa ya?

Puas memikir.

Takpelah, mungkin sahabat saya tu sedang menghadapi pusingan bulanan wajib kut. Hahaha.

Lama juga memikir dan tertanya-tanya. Akhirnya bila malam melabuhkan tirai barulah persoalan tersebut terjawab.

Rupanya ini penyebabnya...


BFF saya waktu itu menonton drama bersiri Stranger Things, cerita omputih !! Haha. Itu , macam tagline lah dalam cerita tu.

Uish... memang saspen kan. Kalau tetiba ada orang memberitahu yang kita menipu, sedangkan kita tidak.

Tapi, apa pun, BFF.... 

"Happy Birthday........!! Yang ke berapa? Oh... rahsia eh?"

Friends Don't Lie kan... Saya doakan semoga segala yang terbaik tu , Allah kurniakan buat kamu Noorul.






Moga Allah makbulkan semua doa-doa kamu sahabat.

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...