Bagaimana seorang blogger memastikan yang tahap kesihatan beliau dalam keadaan baik? Kentut! ...Ha, jangan tak percaya blogger yang selalu terkentut menunjukkan sistem penghadamannya berlaku dengan efisien.
Kalaulah katakan,.... blogger rohaizad mengadakan pertandingan blogger yang terkentut paling banyak serta menawarkan hadiah yang pelbagai, jangan lepaskan peluang. Masuk pertandingan blogger yang terkentut ini. Bagi memastikan anda sebagai blogger yang terkentut paling banyak, apa yang perlu anda buat dalam persiapan pertandingan blogger yang terkentut paling banyak itu ialah : (info)
- makan sebanyak mungkin makanan karbohidrat. Kenapa? kerana karbohidrat paling mudah melalu proses penapaian dalam usus serta menghasilkan paling banyak gas. Apatah lagi kalau blogger yang terkentut ini makan makanan kekacang! Kekacang paling tinggi karbohidrat kompleks yang susah dicerna dan bakteria dalam usus setiap blogger yang terkentut ini akan lebih gemar mengurai karbohidrat kompleks ini.
- makan makanan yang susah dihadam (indigestible food). Contoh ....minum susu.
- mengunyah chewing gum.... ha, ni budak-budak muda suka ni. bila mengunyah chewing gum blogger yang terkentut secara tidak langsung boleh memasukkan udara sekitar ke dalam usus besarnya lantas menambah peluangnya menjadi blogger yang terkentut paling banyak.
- makan makanan atau minuman tercemar. bukan sahaja boleh menyebabkan blogger terkentut, tapi boleh juga menyebabkan cirit birit.
Tetapi..... malangnya, blogger rohaizad tidak mengadakan pertandingan blogger yang terkentut paling banyak. Cuma, rohaizad mengajak sesiapa yang punya cerita suka atau duka tentang blogger yang terkentut membuat satu entri bertajuk Blogger Yang Terkentut.
Tiada kisah di sini, cuma jikalah semasa blogger yang terkentut itu kentut, alangkah baiknya kalau bunyi kentut itu dapat diterjemahkan ke dalam bunyi yang berbeza ala-ala bunyi deringan telefon seperti dalam video di bawah ini:
*entri ini hanya entri suka-suka mengambil bahagian dalam cabaran blogger rohaizad*~ jangan marah atau meluat ya
~cikgunormah@klcitizen~