Apa yang baik tentang remaja sekarang?
Di sebalik kemelut sosial yang melanda budak-budak remaja sekarang, jom kita berhenti sejenak dan melihat apa yang baiknya tentang mereka ini.
- berani- remaja kini berani bersuara, apa yang mereka kurang selesa atau tidak bersetuju, mereka akan suarakan
- berani mencuba: kebanyakan remaja yang saya jumpa , mereka berani mencuba benda baru
- kreatif- jika diberi peluang, remaja sekarang sangat kreatif, terutama dalam bidang seni dan reka cipta
- sensitif-mungkin kerana ramai yang mempunyai ibu bapa berkerjaya, remaja kini lebih sensitif, terutama dalam bersahabat. perkara yang pada mata kita kecil, contohnya, isu meja dan kerusi/ tempat duduk adalah isu yang agak besar bagi mereka.
Ini sebahagian sahaja dari banyak perkara lain yang baiknya tentang remaja kini yang dapat saya lihat terutamanya di sekolah saya.
Namun begitu, sifat-sifat yang baik inilah juga yang menjadi punca sebahagian besar masalah sosial kini. Pada pandangan saya , ini kerana, salah kita semua yang bergelar insan-insan dewasa, kurang memberi perhatian, bimbingan kepada remaja kini bagi mengeksploitasi kelebihan yang ada dalam remaja kini. Saya juga tidak terkecuali.
Saya rasa banyak pendekatan kita yang kurang berkesan dalam membimbing mereka. Saya sendiri kurang ilmu dan tidak pasti pendekatan yang bagai mana yang sesuai dalam mendepani masalah mereka. Isu mereka pelbagai dan penerimaan mereka juga berbeza.
Mereka ini juga pastinya akan dewasa dan generasi remaja baru akan mereka depani juga. Dan saya rasa, dengan kaedah yang kita guna sekarang dalam cuba mengatasi masalah ini, tidak banyak yang mereka boleh belajar dari kita. Tidak banyak juga yang boleh mereka jadikan contoh apabila mereka berada dalam situasi seperti kita sekarang.
Remaja bermasalah perlu didekati dan bukan dimusuhi.
Namun begitu, jika sekiranya orang yang paling rapat dalam hidup mereka juga bermasalah, ke arah manalah lagi mereka hendak tuju?
~cikgunormah@klcitizen~
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.