"saya takkan gi lagi ke butik tu"
"napa?" tanya saya
"yalah, mentang-mentang kita pakai sandal ngan t-shirt je,
kita tanya baju batik ni berapa dik, sebab tak ada tanda harga,
tau apa budak kedai tu cakap? kak, baju ni mahal kak....
apa, dia ingat saya tak mampu ke nak beli?"
memang marah sungguh sahabat saya ni.
"habis tu, awak cakap apa?" tanya saya
"saya cakap... gaji saya lebih banyak dari awak ya. saya pun blah dari kedai tu"
bukan hendak cakap apa. kekadang pembantu-pembantu kedai di tempat kita ini kurang mendapat kursus berinteraksi dengan pelanggan, rasanya.
saya juga pernah pergi ke kedai tudung terkenal di taman tun, satu masa dulu. harga tudungnya masa itu (lebih kurang 3 atau 4 tahun lepas), mahal jugalah untuk satu helai. saya membeli pun tak banyak, sekali pergi , paling banyak pun beli 2 helai sahaja.
tetapi, yang paling saya tidak gemar ialah pembantu kedai itu, pada masa itu...
masam-masam mukanya, penat berdiri agaknya, dan hanya melayan mesra pelanggan yang mereka sudah biasa dan kelihatan cantik, kaya serta bergaya. yalah, saya ini setakat cikgu cabuk, nak bergaya tara manalah kan.
sekarang ini tidak lah saya ke sana lagi, alhamdulillah, sebab tudung-tudung yang sepertinya pun sudah berlambak di pasaran.
orang kata, kalau kita ke jepun, tauke kedai dan pembantunya sangat hormat dan mesra pelanggan. pasti akan mengucapkan terima kasih pada kita.
tidak seperti kita di sini, pelanggan yang banyak mengucapkan terima kasih pada penjual.
agaknya sebab kita ini terlampau berbudi bahasa, kut,
jadi kita sebagai pelanggan ni mesti merendahkan diri sebab dengan adanya penjuallah kita boleh membeli.
pelik betul....
mm, bila lah dapat peluang nak pergi ke jepun tu ?
sayonara...
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.