mencari-cari bahan untuk perjumpaan bersama mentee di sekolah,
terfikir bagaimana caranya meningkatkan kecerdasan otak.
mentee saya di sekolah ada 3 orang pelajar ting.5 yang rasanya tiada masalah dalam pembelajaran.
ketiga-tiganya merupakan harapan sekolah untuk mendapat pencapaian cemerlang.
setiap minggu berjumpa sekadar bertanya khabar,
akhirnya jemu pula dengan rutin yang saya kira membuang masa.
saya bercadang, mengisi ruang waktu perjumpaan untuk berkongsi idea, bahan atau petua meningkatkan mutu diri.
lalu terjumpa dengan neurobics.
senaman-senaman otak yang didapati dapat meningkatkan keupayaan mental .
antaranya:
- menonton televisyen tanpa suara
- membaca majalah baru di luar kebiasaan, contohnya saya tidak pernah membaca majalah tentang kereta, jadikan rutin untuk membaca majalah2 lain pula dan selalulah bertukar majalah
- bila hari tidak bekerja, jadikan hari tersebut 'half speed day' - perlahankan aktiviti berjalan atau sebagainya
- belajar bahasa isyarat
- berkebun
- membuat aktiviti harian sambil memejam mata, contohnya mandi atau memakai baju- ini untuk meningkatkan sensitiviti deria yang lain pada diri kita
saya kira ianya menarik juga dilakukan sekali-sekala di luar kebiasaan kita
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.