Thursday, February 18, 2010

terlajak kata buruk padahnya...

"ni..cikgu normah, kan.."
"ya..ya"

tangan pun dihulur bersalam-salaman
dalam hati tertanya-tanya siapakah nama gerangan wanita ini.
rupa memang ingat pernah berjumpa, tapi nama dan bila atau di mana berjumpa, memang tidak terlintas langsung.
rasa bersalah sungguh.
tapi, memang itu kelemahan saya yang ketara.
susah mengingat nama.

"saya masih ingat cikgu. 4 tahun lepas kita berjumpa. saya ingat lagi kata-kata cikgu..."
hati saya berdebar.
kata-kata saya yang manakah yang melekat dalam fikiran beliau sehingga ke hari ini.

"cikgu kata, yang penting kita kena tahu siapa yang berkawan ngan anak-anak kita. sekolah kat mana tak berapa penting. yang penting, kawan-kawan anak kita. alhamdulillah anak saya dapat 8A dan masih di sekolah cikgu. "

ahhhh... lega.
kata-kata itu yang diingat.
nasib baik saya tidak mengata orang...

------------------------------------------------------------------

"Min pun cantiklah, min"
entah isu apa yang dibicarakan, saya pun dah terlupa.
tapi, kata-kata itu saya ingat terkeluar dari bibir saya ketika berbicara dengan sahabat saya baru-baru ini.

"betulke kak normah?"

saya tersenyum, mengangguk kecil.

"tapi saya ingat kata-kata kak normah dulu......
kak normah kata, kalau min yang beraksi dalam filem realiti tu pun, min lebih cantik dari artis tu....betullah ya, min ni cantik?"

ah....nasib baik sekali lagi, kata-kata positif dari bibir saya yang diingat selama ini .

---------------------------------------------

moral of the story:
jangan ambil mudah kata-kata yang keluar dari bibir kita terhadap sesiapa sahaja.
boleh jadi kata-kata itu yang akan tersemat dalam benak fikir mereka hingga akhir hayat nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.