Apa lagi?
Meneropong, peeping and stalking.
Cuti agak panjang , menemani ibu dan bapa mertua, tanpa berbuat apa-apa yang dikategori sebagai penting. Membaca , tetapi bukan bahan ilmiah. Sekadar posting dari bekas-bekas anak murid dan yang masih bergelar anak murid tentang What's on their mind.
Yang tengah bercinta, sibuk. Yang baru putus cinta pun, sibuk.
Yang sedang bercinta, pastinya, posting hanya untuk si "beee" tetapi, menjadi tatapan umum. Pelik tetapi tidak menghairankan. Menunjukkan rasa bahagia, menayangkan pada umum yang hatinya juga sudah berpunya, tetapi ucapan tersebut eksklusif untuk sidia, namun boleh dikongsi baca oleh sesiapa sahaja. Kompleks sungguh situasi tersebut.
Bila ada orang yang like , bertambah berbungalah hatinya. Lagi pula kalau si "beee" yang like.
Malu orang tahu, tapi mahu orang tahu.
Memang kompleks.
Mungkin hidup yang dikelilingi dengan kompleks beli belah, secara tidak langsung menyebabkan dunia percintaan sekarang ini menjadi begitu kompleks sekali.
Biarkan je lah. Nak baca, baca. Tak nak baca, lompat aje ke status orang lain.
Yang putus cinta?
Ahhh... lagi parah.
Aku tak peduli kau nak buat apa, keluar dengan sapa-sapa. Ada aku kesah?Yang lain pulak ...
Aku bahagia jika kau bahagia. Biarlah aku berkorban demi kebahagiaan kau.
Ini namanya hipokrit.
Saya tak pernah kisahkan mamat yang selalu naik motor merempit dengan girl friend dia..... Mamat mana ni? Entahlah, mamat mana-manalah. Asalkan dia itu ialah seorang mamat.
Sebab tak kisahlah, maka saya tak perlu buat posting tentang mamat tersebut.
Ini , kalau dah 4, 5 puluh kali buat posting tentang mamat yang mencalarkan hati atau si minah yang menghiris hati dan menulis bahawa dia tak kisah, dia peduli apa, dia dah tak rasa apa-apa.... apa citer sebenarnya?
Sebenarnya, dia kisahlah kan. Tujuan dia apa? Hendak mamat itu tahu betapa dia sedang terluka dan dia sedang berkorban serta mengorbankan diri.
Kompleks sungguh dunia percintaan zaman sekarang. Banyak terpengaruh dengan drama, filem dan novel lah ni. Nasib baiklah saya sudah melepasi zaman tersebut... :)
Selamat Berhujung Minggu semua!!
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.