Friday, October 28, 2011

luar keras, dalamnya lembut


Cikgu, muka saya ni memang nampak macam jahat ya? Ramai yang kata gitu...

Sedang berehat, mesej tersebut muncul pada skrin telefon. Dari bekas anak murid.

Persepsi.

Semua orang punya persepsi sendiri bila memandang dan melihat. Biasanya persepsi dan tanggapan ini kita buat tanpa sedar, hasil dari pengalaman sendiri atau pun pengalaman orang lain yang kita simpan dalam kotak fikiran.

Tanpa sedar, bila ternampak lelaki berkopiah dengan fail bergambar mendekati orang lalu lalang, sudah terlintas di kepala yang mungkin si dia itu penipu. Walau pun saya tidak pernah tahu adakah saya sudah ditipu oleh mereka yang seperti dia.

Tetap persepsi itu yang tertulis.

Saya ni garang eh? (Soalan bodoh) Tapi akak ni nampak macam penyayang giler. Macam orang yang kutip anak-anak kucing kat pasar, mandikan, bagi makan. Bukan eh?

Mesej dari seorang sahabat lain, setelah menerima mesej dari saya yang terkejut dengan sifatnya yang sangat menyukai binatang dan pokok. Padahal pertama kali melihat wajahnya, saya ingatkan beliau orang yang garang.


Two-Face




Dan ya.

Saya bukan orang yang sukakan kucing. Menggomol, memeluk dan mencium kucing atau anak kucing bukan hobi saya. Sekadar melihat , ok. Sekadar memuji, ok. Tetapi, tidak untuk membelai dan memandikan kucing.
Begitu salah dan terpesong jauh persepsi kita terhadap seseorang, jika kita tidak kenal hati budinya.

Tanggapan kita terhadap seseorang tidak akan pernah kekal. Kerana sifat manusia itu sendiri berubah.

Dan persepsi kita itu  akan jadi salah bila semakin lama kita menyelami kisah. Dan kita akan lebih faham serta menerima. Dan apabila sudah sampai kepada hakikat tersebut, wajah insan tersebut di mata kita akan berubah.

Salam Jumaat semua.

*rasa macam cuti panjang persekolahan je di rumah . best!

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...