Setiap kelas hanya ada 3 buah kipas yang tergantung di syiling. Itu pun di bahagian tengah kelas. Memang itu spesifikasi bangunan sekolah kerajaan di Malaysia.sejak dari dahulu lagi, kan.
Ya, kenapa tu?
Suasana yang sunyi terganggu sebentar. Minggu peperiksaan. Memang itulah suasana yang sepatutnya dalam minggu peperiksaan.
Ah, tak de apa, cikgu.
Kalau tak de apa, jangan bercakap!
Perkara biasa yang diperingatkan oleh mana-mana pengawas peperiksaan. Sudah bertahun mengawas peperiksaan rasmi, luaran atau dalaman. Sama sahaja. Melihat lirik mata sahaja sudah bisa diterka, ada unsur hendak meniru atau tidak.
Cikgu, ... Cikgu kan cikgu sains. Boleh tak cikgu buatkan angin kipas tu sampai kat tempat saya ni.
Duduknya dia di hujung depan berdekatan dengan pintu. Memang jauh dia dari kipas.
Saya hanya menggeleng. Tak boleh nak membantu.
Dia tersenyum. Memang orangnya suka tersenyum.
Tangannya meraba bawah meja.
Mencari sesuatu.
Tidak lama meraba, dia mengeluarkan kipas tangan atau kipas nyonya, sambil membuka kipas tersebut dan mula mengipas-ngipas perlahan.
Ah... Jarang betul melihat pelajar lelaki membawa kipas nyonya ke sekolah.
Comellah pulak.
:)
*Balik ni nak cari semulalah kipas nyonya saya di rumah....
~cikgunormah@klcitizen~
Kapas pun bolehhh
ReplyDeleteAssalamualaikum ..:)
ReplyDeleteMujur raba ke kipas yaa..
jangan raba nak tgk nota dahhh..;)
nanti kalau pasang air cond dalam kelas..banyak yang menguap dari nak jawab kertas peperiksaan.
ReplyDeletehuhu teringat zaman sekolah dulu pulak huhu, nanti cuba cekgu check kat botol air, kat pemadam, kat pen, kat celah2 kalkulator huhu kot2 la ada bawak nota selit takpun tulis kecik2 nota
ReplyDeleteTak ada udang di sebalik kipas ker cikgu. Gurau jer, sian budak tu panas.
ReplyDelete