Tuesday, October 11, 2011

terimalah padahnya nanti

Banyak benda yang disesalkan dan sepatutnya tidak. 

Kata Dr Muhaya, hidup lebih bahagia jika tidak merungut, mengeluh dan menyesal. Dan tidak perlu risau dengan apa yang akan berlaku, kerana yang terjadi tetap akan terjadi. Aturan Allah yang punya kuasa. Tugas kita mengabdi padaNya, melaksanakan tanggungjawab dan berdoa agar sentiasa dalam peliharanNya. 

Tapi, tetap, sebagai manusia, bicara hati kekadang tiada upaya untuk ditepis dan disisih. 

Macam mana sekarang? 

Lama tidak melihat kelibat anak ini dalam kelas. Kalau hadir pun di hari itu, di waktu menghampiri tengahari dia akan lenyap, menyorok dan menghilang entah ke mana. SPM tinggal lagi beberapa hari, dan tiada resah di wajahnya. 

Dia diam tidak menjawab soalan saya. Matanya memandang jauh. Badan makin kurus, pipinya cengkung ke dalam. Sirna matanya tiada seri. Kosong. 

Awak balik rumah ke tidak? 

Hanya segores jalur hidupnya yang saya tahu. Itu pun secara tidak sengaja. Hampir dua tahun mengenali anak ini, saya tahu hidupnya tiada arah. 

Balik. 

Baguslah. Sekurang-kurangnya, makan dan minumnya terurus, dan tidurnya tidak berbumbungkan langit. 

Awak solat tak di rumah? 

Dia memandang saya. Teragak-agak ingin menjawab. Perlahan dia menggeleng. 

Saya dah tak ingat macamana nak solat. Dah lupa. 

Emak ngan ayah solat tak? 

Dia geleng lagi. 

Saya pandang wajahnya dalam. Sedih dan kesal berbaur. Menjadi hirisan halus menyelit jauh ke dalam hati.

Sesal.

Kerana saya tidak berbuat apa-apa dan nanti apa yang akan saya jawab kelak?

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...