Muka kakak tu nampak risau. Entah apa yang ada dalam fikirannya. Saya cuba senyum ke arahnya. Tapi jelas, fikirannya tidak di situ.
"Camanalah nak bagi duit ni ke kampung," dia mengeluh antara dengar dan tidak.
Walaupun masalah saya agak hampir sama dengan kakak itu waktu itu, tetapi masalah beliau mungkin lagi besar dari saya.
"Pagi tadi dah datang, nak keluarkan duit. Tutup ATM ni. Sampai sekarang tutup," keluhnya lagi.
Saya pun bingung waktu itu. Sabtu petang, 20 Januari 2019.
Dua tiga tempat mesin ATM saya pergi tapi semuanya hampa. Ingatkan kad sendiri bermasalah, rupanya sistem BSN yang problem besar nampaknya. Itu pun saya tahu apabila cuba menelefon Customer Service, konon-konon nak meluah rasa jengkel. Rupa-rupanya makcik komputer ala-ala Siri dalam tu bagi tahu sistem sedang dalam baik pulih.
Bila ke laman web BSN, hanya makluman Mat London yang tertera. Camanalah orang-orang old school yang tak reti internet dan omputih ni nak tahu yang sistem BSN sedang bermasalah. Press release kat The Star pun pukul 5:36 pm hari Isnin.
ni speaking London petang Sabtu 20/1/19 |
ni harini, Ahad 21.1.19, tengok dah dalam BM |
Bila menyinggah di Facebook BSN rupanya dah 4 hari benda ni. Haduila BSN.
Ada 2 perkara dalam kepala saya sekarang ini:
- Dalam minggu ni nak cuba tukarlah bank gaji .
- Nasib baik bukan saya yang duduk bekerja dalam BSN tu tukang perbetui sistem. Memang panas punggung dan panas satu badan lah dok orang menyumpah tak boleh nak keluarkan duit .
Doakanlah kawan-kawan semua, untuk semua yang dilanda ujian terpalit dari masalah BSN ni.
Untuk yang risaukan saya sama ada saya ada duit belanja ke tidak esok...
Alhamdulillah saya masih boleh mengais pagi esok di kafe sekolah 😉
hehehe ...
Alhamdulillah saya masih boleh mengais pagi esok di kafe sekolah 😉
hehehe ...
~cikgunormah@klcitizen~