Saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan yang seringkali lambat mendapat tahu tentang arahan dan pekeliling am kerajaan. Kenapa? Agaknya sebab saya ni cuma kakitangan bawahan sahaja. Maklumat ini pun hanya diperolehi dari mulut ke mulut sahaja sebelum cuti sekolah baru ini.
Saya kira ramai yang sudah tahu tentang slip gaji online ni kan. Dah tahu tak apalah. Tutorial ini hanya untuk yang masih belum tahu dan baru tahu seperti saya. Ini hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja ya. Yang lain boleh klik entri saya yang lain kalau berminat lah...kan.
Kata mereka.... (kata kawan-kawan saya lah), bermula November ini, penyata gaji tidak akan dibekalkan lagi oleh pihak yang berkenaan tetapi perlu dicetak sendiri (ikutlah banyak mana nak cetak) dan satu salinan cetakan tersebut mesti diserahkan kepada majikan kita.
Ha... saya tidak mahu mengulas isu cetak mencetak sendiri ni kan, tetapi ingin membantu rakan-rakan yang tidak tahu bagaimana cara mengakses laman web akauntan negara kita dan mendaftar.
Ok.
1. Langkah pertama, klik di sini. Anda akan dibawa ke muka laman seperti di bawah.
2. Klik pada Akses Sistem.
3. Paparan berikutnya adalah seperti di bawah.
4. Bagi yang baru pertama kali mengakses, klik pada Pertama Kali Mendaftar
5. Seterusnya anda akan di bawa ke muka laman seperti di bawah. Masukkan semua butir yang ditandakan termasuk password yang anda pilih.
6. Selesai.... anda klik ok . Anda akan dibawa semula ke bahagian log in.
7. Masukkan nombor KP dan kata laluan anda. Klik daftar masuk, dan anda akan dibawa ke muka laman ini pula.
6. Selesai.... anda klik ok . Anda akan dibawa semula ke bahagian log in.
7. Masukkan nombor KP dan kata laluan anda. Klik daftar masuk, dan anda akan dibawa ke muka laman ini pula.
9. Penyata tersebut akan dimuat turun ke komputer anda dan sedia untuk dicetak...
Selamat mencuba dan semoga kita terusan berkhidmat dengan jayanya.
~cikgunormah@klcitizen~




