Then, she asked another thing: "Why do you have big tummy? Youssef is out..."
That was her last question, as I told her that I am sick and I am taking a lot of pills. But she refused to accept that as an answer.
I told her I'm gonna die when she's bigger, she said she grows smaller and that she's now a baby. Haha, smart.
Then, I asked whether she could recite me a prayer to cure my pain...she held my face with her small cold palms, started the prayer with a perfect basmallah... and continued with the only dua she knows: doa makan!
~ The Perfect Mother and Her Princess 11. 911
Sejauh mana kita mencecah langit atau menapak bumi , tetap hubungan ibu dan anak itu unik serta tersendiri.
Tidak wajib mengasihi ibu atau bapa kamu. Dan saya juga bersetuju.
Allah SWT tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu dan bapa!
Kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya. Mana mungkin seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, dipinggir malah didera oleh ibu bapa, mampu untuk membuta tuli memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.
Tetapi, wajib bagi kamu menjalankan tanggung jawab sebagai seorang anak.
Sebaliknya Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.
Dan saya pun melihat cermin diri, memerhati tingkah serta laku sendiri, yang memang acap kali secara sedar atau tidak , kerap ambil mudah tanggung jawab tersebut.
Oh, janganlah tersalah sangka.
Ibu bapa saya tidak pernah mendera saya. Malahan saya ini memang anak manja. Tak percaya? Tak percaya, tak apalah.
Cuma, lewat ini, sering mendengar kisah, serta menerima cerita tentang anak-anak yang bercakap dalam nada tinggi terhadap ibu atau bapa mereka. Memperlekeh jasa dan peranan si ibu atau bapa dalam hidup mereka. Meraikan Hari Ibu atau Hari Bapa hanya sebagai mengikut trend semasa, sedangkan hakikatnya si ibu atau bapa masih lagi menjadi bibik dan supir di rumah bagi anak-anak ini.
Mungkinkah kerana kasih itu tidak bertapak dalam hati dan telah diganti dengan rasa tidak suka terhadap ibu bapa sendiri? Fasa-fasa peralihan dalam hidup, memungkinkan ia berlaku.
Namun, benci dan tidak suka tidak sekali membenarkan perlakuan begitu , kan.
Mungkinkah kerana kasih itu tidak bertapak dalam hati dan telah diganti dengan rasa tidak suka terhadap ibu bapa sendiri? Fasa-fasa peralihan dalam hidup, memungkinkan ia berlaku.
Namun, benci dan tidak suka tidak sekali membenarkan perlakuan begitu , kan.
Saya dah tak tau nak tegur anak saya tu camana dah cikgu. Asyik melawan cakap saya. Nak mintak tolong cikgu, nasihatlah anak saya tu.
Skrip biasa yang didengar oleh ramai guru sekarang. Betul tak, rakan guru sekelian? Terutama waktu ini, musim Hari Terbuka di sekolah masing-masing, kan.
Dan kita guru-guru pun mengangguk, memberi tenang pada si ibu atau si bapa, sedang dalam masa yang sama, kita tahu, kudrat dan upaya kita pun sangat terbatas.
Salam ingatan .
*buat snaketongue, moga tidur nyenyak diulit mimpi indah malam ini dan malam-malam seterusnya. amin.
~cikgunormah@klcitizen~