Setiap hari adalah ujian. Pelbagai dan rencam. Variasi ujian meliputi semua. Selagi kita ini masih hidup dan bernafas, ujian itu akan menghinggap. Dan ada kalanya mencengkam hati dan perasaan.
Ujian anak terhadap ibu bapanya bukanlah satu perkara mudah dan boleh selesai dalam dua tiga minit atau sehari dua. Dan apabila seorang guru yang sekaligus menjadi seorang ibu, menghadapi kerenah anak sendiri, kadang-kadang situasi itu menjadi seperti hirisan luka yang dipalit dengan garam. Berkali-kali.
Entahlah normah, akak pun dah tak tahu nak buat macamana.
Saya faham sungguh kecewa yang bersarang dalam hatinya. Tahu sungguh rasa yang berkumpul dalam dadanya.
Risau itu seperti beban besar yang digalas dibahunya. Memenuhi riak wajahnya, bercampur dengan rasa buntu dan pasrah.
Apabila anak sendiri bermasalah, sedang anak-anak orang lain disekeliling seolah menjadi dan serba bijak dengan deretan A setiap kali peperiksaan, terasa diri sendiri tidak layak bergelar guru. Bagaimana bisa anak seorang guru itu tidak menjadi seperti anak orang lain ? Emaknya kan cikgu? Ah, ayat-ayat seperti itu terasa seperti panah yang merobek jantung.
Guru juga hanya manusia biasa.
Dan ujian seperti ini sangat besar bagi seorang insan biasa bergelar guru.
Allah itu lebih besar dari masalah kita. ~ Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Hendak meletakkan yakin itu, dan melepaskan kerisauan dan gelisah serta resah itu kembali pada Allah bukanlah kerja mudah. Senang menuturnya di bibir tapi melaksanakannya dalam fikiran dan tindakan bukan kerja mudah.
Tapi marilah kita bersama mencubanya. Supaya hati kita lebih tenang. Risau kita makin surut.
Tatkala buntu menghadapi situasi, kita serahkan kembali kepada Allah untuk menentukan jalan yang terbaik. Kita serahkan pada Dia yang Maha Besar dan Maha Tahu.
Jom , kita cuba ...
~cikgunormah@klcitizen~
Tapi marilah kita bersama mencubanya. Supaya hati kita lebih tenang. Risau kita makin surut.
Tatkala buntu menghadapi situasi, kita serahkan kembali kepada Allah untuk menentukan jalan yang terbaik. Kita serahkan pada Dia yang Maha Besar dan Maha Tahu.
Jom , kita cuba ...
~cikgunormah@klcitizen~