Waktu-waktu kecemasan dalam sesebuah perlawanan bolasepak, bagaimanakah agaknya perasaan semua yang berada pada saat itu?
Degup jantung paling laju. Debar di dada begitu kencang hinggakan terasa seperti sedang berlari berkilometer jaraknya, kan.
Begitulah yang sedang dirasa sekarang di sekolah. Ramai yang bersetuju pastinya. Rakan-rakan guru yang mengajar anak-anak di Tingkatan 5 pasti dapat membayangkan rasa sedemikian rupa. Apatah lagi ibu bapa yang punyai anak-anak di Tingkatan 5. Pasti tak sudah memohon doa agar anak masing-masing bisa memperoleh keputusan yang terbaik dan membanggakan.
Dan saat-saat inilah juga ramai guru yang akan terlibat dengan pelbagai mesyuarat dan kursus di luar. Phew!!! Nak marah pun ada, merajuk pun hendak juga kalau boleh. Tapi nak merajuk dengan siapa pun tak tahu sebenarnya. Terutama bagi guru-guru yang mengajar anak-anak di Tingkatan 5 ini.
Analoginya seperti menonton bolasepak di saat akhir. Cubalah bayangkan, saat sedang asyik menonton di tv perlawanan bola di saat-saat terakhir permainan, gangguan elektrik pula. Ha... tidak ke rasa seperti hendak menyumpah tapi tak tahu nak menyumpah kepada siapa.
Ya, lebih kurang begitulah ceritanya, kami ini sekarang.
Saya tidak tahulah situasi di tempat lain.
Tapi di sekitar tempat saya mengajar ini begitulah ceritanya.
Bertambah lagilah dengan dasar KPM yang terkini dalam pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah bermula 2014 nanti. Latihan dan bengkel, taklimat dan kursus perlu dihadiri oleh guru sekarang. Sebabnya? Waktu cuti yang tidak seberapa itu, ramai yang akan terlibat dengan pengawasan peperiksaan awam seperti SPM dan STPM . Kemudian dari itu, penandaan kertas peperiksaan yang tersebut itu pula bermula. Tidak semua guru yang dapat menghadiri latihan, bengkel, taklimat atau kursus berkaitan KBAT ini pada waktu cuti disebabkan masalah tersebut. Jadi sementara peperiksaan awam belum bermula, guru-guru inilah yang akan dipanggil keluar meninggalkan sementara anak-anak tersebut.
Tugas.
Bukan merungut tidak dapat berehat.
Bukan.
Jangan salah anggap.
Cuma rasa ralat meninggalkan anak-anak ini saat peperiksaan sudah dekat benar. Ulangkaji bersama mereka itu yang terasa begitu besar kerugiannya. Itu sahaja. Bukan atas sebab yang lain.
Namun saya masih percaya, Allah akan memudahkan dan memberikan yang terbaik atas segala usaha.
Positif.
:)
~cikgunormah@klcitizen~