Tuesday, September 8, 2009

buang jauh...


beliau ini antara tanda-tanda kiamat dah hampir sangat

semoga Allah menjauhkan kita dari fitnah yang dibawanya
rasanya
ramai yang dah kenal
bagi yang belum kenal
inilah dia
orang yang mendakwa dirinya ialah Rasul Melayu= Abdul Kahar

punya kaedah baru dalam dakyahnya
ada blog sendiri. klik sini
rasanya ramai yang dah ke sana menjenguk
ada yang menyumpah seranah

saya berdoa
semoga beliau dan pengikutnya diberi kesedaran oleh Allah semula
jika tidak
semoga Allah menghapuskan mereka...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 6, 2009

ironi nya ....

pernah hadapi situasi ini?

'Saya mencadangkan kepada pemandu bas ekspres supaya berhenti sebentar untuk sembahyang subuh.
Pemandu bas dengan egonya menyatakan tidak boleh berhenti.
Malah mendakwa dia juga orang yang bersembahyang dan dengan jahil mengeluarkan 'fatwa' untuk qadak sahaja.

Pakcik berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya berasa tidak sedap perut lalu meminta izin kepada pemandu bas supaya berhenti di kawasan rehat. Ironinya, pemandu bas ekspres itu akhirnya mengalah kepada pakcik yang mahu membuang air besar berbanding saya yang mahu berhenti sembahyang.'

di petik dari online dengan Tuhan m/s 39 - karya Zulkifli Khair

BEST buku ni ! 5 bintang.

kata saya:
takutkan najis berselerakan dalam bas berbanding takutkan azab Allah kelak. percayakan Allah tapi tak percaya azabNya. semoga pakcik bas dan kita segera sedar dari kealpaan dan kejahilan . amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 3, 2009

bayaran.... cash!

pernah ditimpa musibah?semasa keadaan itu apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran?
2 musibah yang takkan saya lupa iaitu accident kereta...

kedua-duanya berlaku selang 4 bulan antara satu sama lain. perkara pertama yang terlintas semasa musibah itu berlaku ialah apakah dosa yang saya lakukan sebelum musibah itu berlaku....

"Ah... Allah dah bayar cash ni... " itu yang saya ingat terlintas di hati & fikiran saya

musibah pertama
saya tertekan pedal minyak sekuat hati, mula2 ke belakang, lepas tu kedepan dan melanggar bucu sebuah kereta volvo lama, kereta volvo tu tak apa2. kereta saya yang teruk. ia berlaku di basement sebuah hotel, saya ke sana menghadiri mesyuarat. akibatnya pekerja2 hotel, 2 orang tetamu hotel dan suami saya terpaksa menolak kereta daribasement 3 hingga ke atas... kesian betul menengok diorang.

saya?
saya duduk pegang steering...

dosa saya?
melanggar arahan suami...sebelum itu beliau pernah berpesan, kalau nak ke tengah2 bandaraya kl, naik lrt dan monorail sahaja. tapi... penat...dari lrt dang wangi nak kena berjalan jauh juga ke monorail bukit nenas, selepas itu berjalan pula ke hotel. Jadi, saya pun buat 'langkah bijak' mendiamkan tentang mesyuarat tersebut dari pengetahuan suami. saya memandu kereta sendiri ke hotel itu...,nah... ALLAH bayar cash...jenuhlah saya minta ampun dan maaf dari suami saya...hihi , itu citer lama.

selang 4 bulan

mendengar cerita seorang kenalan yang acap kali accident, melanggar pagarlah, belakang kereta orang lah, motorsikal oranglah...hati saya berkata..."mmm, elok lagilah saya, sepanjang berpuluh tahun memandu kereta, baru sekali je accident. itu pun accident sorang2...."

esoknya, semasa memandu dan hendak menyeberang jalan yang agak sibuk juga, saya tak perasan ada kereta dari arah bertentangan . Apa lagi...... bedebum ! lah...




sekali lagi Allah bayar cash atas kesombongan saya...

dan kebelakangan ini pun, jika ada saja kesilapan saya terhadap manusia lain, ada saja 'denda' yang saya akan dapat. terhantuk kepala lah.. tergelecuk bila berjalan lah, dan perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran saya ialah apalah dosa yang dah saya buat hari ini...?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 1, 2009

makbulkan lah Ya Allah

"Camana buka puasa kat Jordan?" tanya saya pada anak buah yang balik bercuti .
"Okla.. tuan rumah selalu jemput berbuka bersama"

"Baiknya diorang..."
"Okaylah jugak.."

"Tapi diorang tak solat mak su", sampuk kakak kepada anak buah tersebut.
(Mak su tu merujuk pada saya lah...)
"Iya?... Aii, macam sesetengah orang kita je ya."

"Ya, aurat pun tak tutup gak... kasut pun bawa masuk dalam rumah" sambungnya lagi
"Mmm... harapkan arabnya je lah ya..."
"Puasa.... diorang puasa..." .

Sama sahaja manusia ini di mana-mana ya...
Agaknya kerana ramai muslim yang tak solatlah, maka Allah masih belum lagi memberi kita kekuatan.

Tadi...
sempat membaca kisah bangsa Uighur di negara China
sayang sungguh
muslim di dunia ini punyalah ramai
malah
muslim tidak kurang bijak pandainya
tetapi
baik bangsa Uighur, rakyat Palestin, Bangsa Moro di Filipina, saudara kita di selatan Thailand semuanya dihenyak sesuka hati....

Di Ramadhan ini
marilah kita
bersama-sama
menadah tangan berdoa
semoga saudara seagama kita
terbela nasibnya, hilang sengsaranya
dan
saudara-saudara kita
yang menjauhkan diri dari tuntutan fardu
agar terbuka hati mereka untuk kembali
serta
bagi kita
yang semakin sedar
bertambah iltizam dan istiqamah di atas jalan yang diredhai Allah.

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...