Thursday, October 28, 2010

ghairah ingin cepat dewasa

"Cikgu, kenapa orang dulu-dulu tak lawa?" tanya seorang anak murid pada saya.


Wah... mencabar keegoan saya sebagai orang dulu-dulu!

"Bukan tak lawa, filem dulu kualitinya tak sehebat sekarang. Lagi pun sekarang ni banyak yang pakai photo shop," bela saya.

Mentang-mentanglah dia melihat gambar saya masa muda remaja yang agak kelam, dengan gaya budak mentah dan nerd serta memakai tudung stail lama warna malap.

Bagai mana pun dalam hati kecil saya, tidak dinafikan anak-anak dara dan anak teruna zaman sekarang memang cantik-cantik dan pandai betul bergaya. Tatkala menghantar anak bujang saya yang berumur 12 tahun ke sekolah untuk menaiki bas ke acara hi tea mereka di Hotel Legend anjuran sekolahnya, sempat saya mencuri pandang anak-anak dara umur belasan tahun sebaya anak saya.

Waduh.... ada yang mengalahkan model lagaknya. Ber make-up bagai dengan rambut terurai serta fesyen baju terkini. Pastilah mendapat sokongan dari ibu bapa masing-masing, kerana make up dan fesyen terkini bukan percuma.

Cuma janganlah terlalu sangat berghairah ingin cepat menjadi dewasa wahai anak-anak. Takut nanti kes mati sebelum sempat mengambil keputusan UPSR tu terjadi lagi.

Memang mencabar betul membesarkan anak dalam zaman sekarang.

"Ikut hati memang tak naklah dia bergaya begitu menghabiskan duit bagai, tapi bila kawan-kawannya pula bergaya sakan, yang anak kita ni, menelan air liur, kesianlah pulak...," luah hati seorang rakan tentang isu anak perempuan bergaya untuk ke majlis makan malam Pengawas  di sekolah saya pula.

Di sudut hati kecil saya, trend bergaya dengan fesyen serta tema terkini ini, yang menghabiskan duit kerana hendak bersuka-suka di kalangan anak-anak kita ini, sebenarnya jatuh salahnya di tangan kita juga, kan....

Entahlah.... jangan sampai bergaya sakan, ghairah ingin cepat dewasa  hingga jadi seperti ini

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 27, 2010

War in Batu Sapi

Saya bukan hendak menyuarakan sokongan bagi  mana-mana pihak ya... 

Tapi menonton video ini sangat menarik. Kerana saya sudah menonton filem tersebut dan tidak disangka ia digunakan dalam kempen Pilihanraya Batu Sapi.


Apa pun, kita doakan yang terbaik untuk kesejahteraan negara kita.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 26, 2010

kalau awak tak puas hati dengan saya, awak carilah permpuan lain....

Menjadi pengulas  hal ehwal semasa yang dibaca dari suratkhabar memang seperti sudah jadi perkara biasa. Saya kira ia bukan terhad pada saya dan rakan-rakan di sekolah sahaja. Berita dan jenayah sensasi di dada suratkhabar kekadang mengeratkan lagi hubungan di antara rakan.

Ramai yang pasti menggeleng kepala masing-masing setelah membaca kisah "Suami panas baran keterlaluan". 

Seperti biasa, bila membicara isu rumah tangga yang sebegitu rupa bersama rakan-rakan sebaya, kami semua jadi ibarat kaunselor yang bertauliah. Berbagai saranan, luahan serta teori kami utarakan, berdasarkan perspektif dan pengalaman masing-masing. Kalahlah ahli panel mana-mana, dan kalau kami dijemput sebagai ahli panel, pun rasanya, tidak akan cukup waktu untuk rancangan lain bersiaran.  :)

"Alhamdulillah, terus talak tiga kan... Tak payah dah rujuk semula," ulas saudara kembar  saya ( kembar pada nama sahaja).

"Itulah, saya ada cakap pada suami saya bila kekadang tengah bertengkar dan dalam marah tu..... kalau awak tak puas hati dengan saya, awak carilah permpuan lain. Saya izinkan sekarang juga..." cerita Ustazah beriya-iya.

"Awak tahu suami saya cakap apa?" tanya ustazah pada kami.

"manalah saya tahu ustazah...," itu bisik hati saya sahaja. Realitinya saya hanya menggeleng kepala, menunggu sambungan cerita yang ada lapse sebentar.

"Dia kata dia tak mau....Bila saya tanya kenapa? Tahu apa dia cakap?" tanya ustazah lagi.

Memang sudah tebiat guru agaknya kalau bercerita, mesti ada kemahiran bertanya. Padahal bukannya ustazah tak tahu yang kami memang tak tahu kan...

"Nanti makan tak sedap..." sambung ustazah tanpa menunggu jawapan dari kami.

Si ustazah ini memang pakar memasak. :)

Kehidupan berkeluarga setelah melepasi belasan tahun dan menghampiri angka puluhan tidak memungkinkan kemanisan seperti awal berumah tangga. Di mana serba serbinya indah dengan rindu dendam dan cinta kasih pengantin baru. 

Rumahtangga yang dibina bertahun akan dimeriahkan dengan rasa kasih atas tanggungjawab dan kesetiaan. Faham dengan keperluan dan kehendak pasangan walau kekadang ia menuntut sedikit pengorbanan kita, sebenarnya akan mengikat erat ikatan  yang sedia ada. 

Dan rasa kasih yang mengisi dada hanya bisa diletakkan ia di sudut hati kita dan pasangan oleh Allah Yang Maha Pengasih. Doa dan doa serta  doa. Tiga perkara penting yang dapat memastikan rasa kasih itu terusan teguh.



~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 25, 2010

ceria

lebih 140 juta orang ikut sama tertawa dengannya. Saya pasti ramai juga yang pernah tertawa bersamanya..
semoga pagi Isnin  anda ceria....



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...