Saturday, June 20, 2009

selesai...

dah selesai membaca buku 'Setangkai Gandum & Sebutir Bom' semalam... banyak pengajaran dan kesedaran yang dapat... banyak juga menilai diri sendiri.
Cuma ayat terjemahannya kurang best sikit...ada beberapa typing error, itu pun menyebabkan kurang best lah.
walau bagaimana pun, ada beberapa teks yang ingin dikongsi untuk jamuan akal kita...

m/s 180 :
' Sebelum kamu menghinaku, maka berdialoglah terlebih dahulu, sebelum kamu menghakimiku, maka dengarlah perkataan ku, sebelum kamu mendedahkan keburukanku maka nasihatilah diriku, sebelum kamu memusuhiku maka berilah kesempatan kepadaku supaya aku dapat menahan diri"

Bila membaca perenggan di atas teringat-ingat senario politik di Malaysia dan juga senario dunia hiburan kita. Seolah-olah masing-masing lebih sempurna dari yang lain, seolah-olah pandangan dan pendirian masing-masing lebih benar dari yang lain. Padahal setiap kita tidak pernah sunyi dari kesilapan, bila melihat kesilapan orang lain, sepatutnya kita melihat dulu kelemahan kita.


m/s 214 & 215 :
' ...
jalan untuk meraih ketenangan adalah keletihan, jalan menggapai kecemerlangan dan kemenangan adalah memerlukan titisan air mata, kesakitan dan keperitan.... Sekiranya di dunia ini ada seseorang yang mempunyai kesempurnaan dari pelbagai aspek, sama ada kemuliaan, harta, kesihatan, kedudukan, kesenangan dan keamanan maka dunia ini pasti menjadi syurga baginya dan tidak ada lagi syurga di akhirat.'

Betullah tu, kerana itulah Allah jadikan syurga bukan di dunia. Dunia ini hanya tempat ujian. Cantik betul buah fikir Dr. Aid Abdullah Al-Qarni, kalaulah saya bisa membaca bahasa Arab, mestilah lagi cantik susun atur kata-katanya...

Sekarang ini sedang membaca buku yang telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dari bahasa Melayu... penulisnya Soo Cham atau nama muslimnya Nur Safura binti Abdullah... "A Mother's Tears" . Tajuknya pun kita dah tau yang emak menangis...Baru baca m/s ke 8, rasa tersentuh sungguh hati. Teringat emak di rumah....





Mungkin ramai yang sudah baca, sebab buku versi bahasa Melayunya diterbitkan pada 2007 oleh DBP. Katanya ini kisah benar, kisah seorang ibu berbangsa Cina yang takut kehilangan anak-anaknya dek anak-anaknya diberi hidayah memeluk agama Islam.

Tidak sabar hendak menghabiskan buku ini ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. dah ada tukang review ni, baca kat sini aje la...
    saya pun peminat novel...dok beli bukan main banyak lagi...anak2 semua baca, le ni saya sangat kurang baca novel....macam2 nak buat...kalau dah baca, 1 malam mau terus habis!

    ReplyDelete
  2. buku air mata ibu tu memang menarik, dan nak cari ah buku arab yang no 1 tu.. terima kasih yer sebab buat review ni...

    ReplyDelete
  3. aha ... tukang review tak bertauliah ni...bagi buah fikir sikit2

    ReplyDelete
  4. you are just like a walking magazine for me..banyak info2 terbaru i boleh dapatkan kat sini sbb dah lama tak berkesempatan nak membaca sbb terlalu sibuk..anyway thnks for the info..nak baca juga buku "A mother's Tears" tu...mesti best

    ReplyDelete
  5. Uih ... best ni! I pun suka baca buku tp nak pegi mencarik buku tu yang problem. Ok you recommendkan buku best, I gi carik, k! Thanks!

    ReplyDelete
  6. zai and precious..
    buku a mothers tears ni memang best...saya beli di mph

    ReplyDelete
  7. ...cgu

    pastinya
    saya akan cari dan baca buku tu.

    ReplyDelete
  8. If only I had the time to read *sIGH*

    ReplyDelete
  9. skinny legs

    make the time.....!

    ReplyDelete
  10. salam
    terima kasih cikgu atas sokongannya.Sekarang ni most of my style is like Soekarno's style.Perhaps i should improve more =)

    baguslah buku yang cikgu baca ni..Terasa macam nak beli pulak.Quote yang cikgu letak kat dalam blog ni dari buku tersebut pun telah banyak memberi pengajaran dan kekuatan baru untuk saya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.