Sunday, November 22, 2009

beranikah anda untuk gagal?

cuti ni projek apa ya?
kawan-kawan,.... ramai yang sudah berjalan-jalan,
ada yang balik kampung, ada yang makan angin ke negara orang.

rezeki masing-masing...
yang tidak kemana-mana seperti saya ini,...
apa lagi yang boleh dibuat?
apa lagi... mengemas rumahlah.

dalam batuk-batuk dan selsema yang tiba-tiba menyerang,
(yalah...dah setahun tidak mengemas stor...bayangkan habuk yang berkumpul)
terjumpa buku di bawah...
dah lama buku ini... tahun 2004 saya memilikinya...


author - Billi P.S. Lim
rasanya ramai yang sudah membaca buku ini.
saya juga.

tetapi, bila membelek semula kandungannya, terasa banyak yang sudah terlupa.
ingin saya berkongsi tentang buku ini.
berkongsi tentang kegagalan dalam hidup.

memang kita semua,
termasuklah saya, sentiasa meraikan kejayaan , dan cuba untuk berpaling dari kegagalan.

itu memang sifat manusia.

tetapi dalam masa yang sama,kita juga tahu bahawa,

orang-orang yang paling berjaya dalam hidupnya adalah orang-orang telah beberapa kali gagal dan bangun semula
.

kita tahu, kalau hendak kejayaan, hendak atau tidak, kita pasti akan gagal dahulu.

kita memang takut gagal.
kerana itulah orang-orang yang biasa-biasa seperti saya,
adalah orang-orang yang paling kurang mengambil risiko.

" Failure is the only opportunity to begin again more intelligently" - Henry Ford

Yang menarik buku ini , ia cuba menyedarkan kita ,
bahawa selama ini semua orang hanya berfikir bahawa segulung ijazah adalah segalanya.

maka kita, dan saya pun sibuklah memaksa dan terpaksa berhempas pulas menghafal nota-nota pelajaran...

belajar tidak menjadi seronok lagi, tetapi menjadi keterpaksaan yang wajib ditempuh.


setelah berjaya memiliki segulung ijazah, kebanyakan graduan-graduan yang keluar, termasuklah saya, hanya berfikir untuk mencari kerja...cari, cari dan cari... setimpal dengan ijazah kita.

namun begitu,
siapakah yang akan menyediakan peluang kerja untuk kita-kita ni?
kerajaan lah kan.

amboi... tidaklah mampu kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi semua orang.
habis tu siapa?
yang masuk universiti dan keluar, tugasnya nak mencari kerja...kan

so....
yang patut sediakan kerja ialah....
orang-orang yang tidak sampai ke universiti lah....
merekalah yang perlu menyediakan peluang pekerjaan untuk kita para graduan ini... hehehe

Ironinya... memang itulah yang terjadi pun.
Contohnya-
- mendiang Tan Sri Loh Boon Siew
- mendiang Lim Goh Tong
- Syed Mokhtar al-Bukhary

hanya menyebut 3 contoh... mereka semua ini tidak berpeluang menggulung ijazah di tangan.
tetapi...
mereka berjaya menyediakan kerja untuk orang-orang macam saya ni,
yang siang malam berfikir macamana nak dapat A dalam semua subjek.

adakah mereka terus berjaya?
pastinya tidak...
kegagalan pertama mereka, adalah tidak dapat belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
itu adalah kegagalan yang besar...

tetapi,
pemerhatian menunjukkan,
semakin besar kegagalan dalam hidup seseorang, semakin besar kejayaan yang akan ditempuhinya.

tapi, tidaklah bermakna bahawa kita tidak perlu menuntut ilmu setinggi yang boleh.
cumanya,
apabila berlaku kegagalan dalam hidup,
sepatutnya ia menjadi pendorong dalam hidup kita untuk menjadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan yang sama juga.

dan saya pun ingin membulat tekad,
tidak terlalu membeban pelajar-pelajar saya yang memang sudah sedia lemah dalam pelajaran, dengan leteran dan bebelan,
tetapi
ingin berkongsi dengan mereka,
bahawa merekalah yang bakal menyediakan peluang pekerjaan bagi sahabat-sahabat mereka yang sedang sibuk mengira bilangan A dalam sijil.

Saya ingin mereka menanam visi dan misi untuk mencari peluang serta bersedia untuk bekerja keras, bukan hanya berangan ingin kaya menjadi penyanyi, asyik melalak di dalam kelas dan dalam perjalanan menuju ke toilet sahaja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.