Monday, November 16, 2009

Hai....O? ya ke?

tahniah!

walaupun mungkin beliau tidak membaca blog saya ini.
tahniah kerana akhirnya berjaya mencapai cita-citanya sebagai CDM.

dahulu saya pun tidak tahu apa dia CDM ini.
Crown Diamond Manager- pastinya ada kawan-kawan di luar sana yang sudah biasa dengan istilah ini.

Berkait dengan ruangan iklan syarikat Hai-O Marketing yang memaparkan semua CDM barunya.
Semalam lagi saya sudah terbaca iklan tersebut,
tetapi tidaklah ternampak gambar rakan saya itu.
Di sekolah pagi ini, melihat rakan-rakan guru berkumpul membelek suratkhabar, saya pun turut menyibuk sama. Barulah saya tahu beliau sudah pun mencapai ranking CDM.

"gajinya sebulan dekat 70 ribu" beritahu salah seorang sahabat saya.
"baguslah" sahut saya.
"kita tumpang seronok sajalah tengok kawan kita ni"
"setiap benda ada harga yang perlu dibayar. Kita sedang berdengkur di rumah, dia masih di luar atas urusan bisnes" sambung saya.

apa yang menjadi keutamaan kita?
terpulang.
yang pastinya, jika berkehendak ia tidak akan menjadi mustahil.
saya tidak berkehendak, alhamdulillah , saya tidak mengikut beliau.
ada rakan-rakan yang masih menanggung hutang kerana berkehendak seperti beliau.
cuma beliau sahaja yang berjaya mencapai ranking CDM dari beberapa sahabat saya yang lain.

Dan tahniah juga untuk pengasas Hai-O atau Group Managing Director nya, Tan Kai Hee, di atas anugerah berprestij kali ke tiga berturut2 dari Forbes. Beliau menekankan bahawa kejayaan syarikatnya bergantung sepenuhnya kepada usaha bersungguh dari 95% ahlinya dari kalangan Bumiputera. 10,000 -20,000 ahlinya adalah ahli yang aktif membantunya menjadi kaya-raya. klik di sini

'bagus' sungguh.
alangkah baiknya jika Tan Kai Hee seorang muslim, seperti SEMUA CDM nya itu, kerana dapat menjadi pembayar zakat terbaik untuk 3 tahun berturut-turut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Salam,
    pada mule saya membaca, sy tahu niat anda ape.
    Saya merupakan ahli hai o yg aktif.
    Anda patut lihat diri anda dulu bru boleh menulis entry sperti ini.

    1st, anda tulis alhamdulillah xjoin, knape alhamdulillah tak join? kwn anda join smpai pngkat cdm, 70 ribu sebulan dan itu baru alhamdulilah rasanya.. slah knsep anda ni

    psal penyumbng zakat. Jgn tnya sal zakat org. Tnya diri kita brapa byk byr zakat harta thn ni.
    Usahawan2 hai o ramai bumiputra .Tak perlu En tan bayr pun xpe, sbb usahawan2 dibwhnya dah byk byr zakat harta. Bersyukur sbb En tan memberi peluang utk org bumiptra cr rezeki.. bukan nk bsyukur.. ngutuk lagi..

    awak ckp td, awk tak khendak dlm hidup awak?
    BOHONG! '=awak nk tak g haji atau umrah?
    awak nk tak beri pembeljaran dan keselsaan pd anak2 awk? awak nk tak bwk mak ayah g ke tanah suci? kalu ade duit lebih, awak nk tak bagi duit lebih pd ayah sempena raya ni?


    itu awak ckp tak bkehendak?? pktaan paling tepat adalah MALAS!!!

    mintak jauh sy dr dpt anak cm awak, lngsung xde impian dlm hidup~

    kwn2 lain sdg tnggung hutang sbb tak buat. CDM tu bjaya sbb dia buat.. sbb dlm Hai o xde kouta utk brapa org nk jd CDM. Brapa ramai pun xpe. Cume nk buat dengan xnk buat je..

    sebelum tulis entry ni, fikir dulu sal diri sndiri.
    Kwn awk tu dah dpt kejar nikmat hdup dan balas budi mak ayah dia,awk bile lg?

    kwn awk tu dah mlncong byk kali, awak bile lagi?

    kwn awk tu snggup korban msa dan gigih demi msa depan anak2nya, awak bile lagi?

    sy menulis supaya awak pikir balik. Sy bfikiran awak seorang ckg. spatotnya ckg lebih berfikiran matang.look, kenape dlm klas ckg ade yg dpt a , dpt b pdhal ckg ajar bnda yg same pd sume org.. yg dpt A mesti slalu dgr ckp ckg dan slalu wat kerja skolah.. mcm tu gak dlm biz..

    En tan tu dpt jd kaya raya sbb dia tubuh syrikat dia sendiri. Mmg patut dia jd kaya raya sbb usahanya menaikkan nama syrikat.. Kalu u tubuh syrkt, konfem anda nk jd lebih kaya dr org2 bwh kan??

    last, sori jika komen sy agak kasar skit, tp mintak bukak minda. Kami buat hai o sbb nk ubah hidup kami sbb susah sng hidup kami, kami dgn ALlah je tau. Dlm hai o dan terbukti ramai ubah hidup, nape masih ragui??

    nape nk ikot contoh buruk , tp xikot contoh yg baik.. fikirkan...~~

    ReplyDelete
  2. @Said Saiful Fazli

    oo.. ada juga pengomen untuk entri ini
    terima kasih

    "Bersyukur sbb En tan memberi peluang utk org bumiptra cr rezeki.. bukan nk bsyukur.. ngutuk lagi.."

    rasanya saya tidak mengutuk pun. bole baca banyak kali entri saya, mungkin dengan nada yang lain sikit.
    orang hai o cepat sensitif ya? jangan marah. Saya doakan anda terus maju bersama hai o.

    ReplyDelete
  3. org hai o tak sensitif pun..
    org sekeliling yg sensitif dgn kami..
    kalu tak sensitif, xde nye entry mcm kak normah buat ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. maaf kak normah dan en said,
    saya nak beri komen sama..
    memang orang hai o tak sensitif..
    itu pasal bila buat bisnes tak kira masa orang..
    dok lepak lama2 kat rumah orang cite pasal bisnes..
    tak kira sampai tengah malam..
    tak kira orang ada suami dan anak kat rumah..
    tak kira masa yang terbuang nak buat tugas lain..
    maaflah saya agak sensitif hal ini..
    saya akui..

    nak maju majulah tak siapa menghalang tapi berpada2..
    banyak yang saya jumpa begitu..
    kalau en. said bukan begitu jangan terasa..
    rezeki masing2 Allah beri dan jangan beri jawapan seperti tanpa bisnes seperti hai o orang lain tak boleh mencapai apa yang dihajati..
    bila dah berjaya... jangan perlekehkan kemampuan orang lain..

    ReplyDelete
  5. Maaf saya nak menambah dgn entri KL. Yang kita nampak 2, 3 CDM...yang kena aniaya tiap2 bulan bayar beratus ringgit pada bank tak terkira jumlahnye. Kawan2 saya ramai yang cam tu.Sangat ramai yang menganggap Hai O bisness aniaya orang.

    Saya tak join pun...Alhamdulillah.

    utk yang dapat CDM renungkanlah income anda...harga sebiji filter air Bio aura hanyalah RM600 lebih je tapi dijual dgn harga 2 ribu lebih....yang lain tu fikir fikirkanlah sendiri. Kawan saya di sini ter...masuk Hai O, hutang bank...sekarang ni dia kata cam tak gamak nak suruh orang lain join sbb cam nak aniaya kawan2 so...dia sanggup tanggung byr RM300 lebih kat bank setiap bulan.

    Sorang kawan dia yang incom ratus ribu call dia kata sekarang income dia tak de langsung dan kereta kena tarik.

    ReplyDelete
  6. Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman.
    MLM bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Ramai yang menyertai bertujuan mahu pendapatan yang lebih. Memang kita digalakkan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang baik.

    Masalah dalam MLM ini adalah dalam kalangan ahli2nya sendiri. Ramai yang berebut-rebut untuk dapatkan kedudukan, jadi berebut2lah merekrutkan ahli baru. Malangnya maklumat yang disampaikan tidak sepenuhnya. Maka ada yang baru masuk terus keluarkan modal yang besar untuk kaut keuntungan kerana tidak dijelaskan dengan sebetulnya oleh upline. Akhirnya apa pun tak dapat.

    ReplyDelete
  7. ok yatie..
    tertanya tak kenape org tu leh jd CDM dan kwn2 awk gagal. Sbnarnya same konsep kt skolah, nape dlm satu klas tu ade dpt A, ade dpt C ada yang fail. Sebabnya DIRI SENDIRI.

    Dia menanggung hutang sebab dia join tapi tak buat. Hnaya duk bergolek kt rumah goyang kaki. cmane nk CDM.

    Pasal harga, mana bukti yg sah yg harga bioaura tu RM 600?? kalu stakat dgr ckp org.. xpyh lar.. tu lah org kita, benda negative tu cepat je dgr..dan suke.. ptt hidup org kita negative..

    tak rasa pelik ke, org buat hai o kaya raya, adakah mereka penipu?? kalu penipu, Allah tunjuk blsan atas dunia ni lagi dah.. tp kita lihat, berapa ramai Hai o bwk usahawan g Tanah suci.

    nape guna perkataan aniaya? pegi tnya mmber yg tak jadi tu, ade tak ikot kerja sperti org yg jd tu? nk sgt income cm upline tapi bile kerja tak nak.. nk goyang kaki.sbb tu tak jadi yatie oi..

    anda crita td sorang kwn dia keta kena tarik. mesti anda suke kan?? hmm..~ kalu sy sedih, tgk bngsa sendiri kecundang yg anda pulak ktwa bile dia gagal.... itu ke bangsa yg bagus?

    tepuk dada, tanya selera..

    ReplyDelete
  8. ckg isza,
    cakap pasal masa? ok.. mcm ni..
    kami selalu anggap , kedatangan kami pd org tu utk buka peluang untuk ubah hidup. Kedatangan upline sy ke rumah saya setahun lepas telah merubah seluruh kehidupan sy. Special thankz to her.. jd sy tak kisah nak ke rumah orang. Dan kedatangan kami ke rumah orang bukan hari2. Hnya sehari dua dari beribu hari yang ckg ada..

    Cube kalu org tu dtg rumah sbb nk ngumpat org, konfem ckg suke.. kan? hehe.. Kami pun tahu masa kami kerana kami juga manusia biasa seperti anda.

    rezeki mmg Allah bagi tp ingat kena usaha. Kita nk ajak orang kita spya brusaha.ituje.. rasanya bangsa lain leh kaya sbb goyang kaki ke? konfem sbb usaha.kan?
    Peluang dlm hai o amat cerah. Datz y kami share pasal hai o kerana kami rasa. Same jugak kalu nada mkn di satu restoren tu, dan restoren tu sedap dan bagus, konfem anda pegi promote kwn lain spaya mkn distu.. sama gak konsepnya ..

    skadar bkongsi..~

    ReplyDelete
  9. en.said,
    memang usaha itu penting tapi pilihan jalan usaha itu berbeza..
    jangan bila orang lain tak berusaha sama seperti jalan kita.. kita mengandaikan orang itu malas.. itu maksud saya..

    bab mengumpat tuu..
    kalau tak tahu apa yang saya suka atau tidak.. jangan buat andaian seperti itu juga..
    andaian biar bertempat...

    bagi saya.. biarlah masing2 dengan jalan masing..
    jangan mendesak orang lain kerana apa yang berlaku dalam hidup orang itu seterusnya... bukan kita yang menanggung akibatnya...
    nak ajak orang berusaha bukan dengan memperlekehkan..

    hidup biar dipenuhi keberkatan (mudah2an)..
    bukan dengan makian atau sumpahan orang lain yang tidak senang dengan cara kita..

    sempena bulan baik ini saya memohon maaf jika terkasar bahasa.. bukan nak mengeruhkan keadaan tapi sama-sama kita belajar menghormati antara satu sama lain..

    wsslm~

    ReplyDelete
  10. salam
    ckg,
    bgus lah kalu usaha dan kami tidak memaksa. Ni dh lah tidak pernah usaha utk perbaiki hidup, kutuk kami pulak tu.

    ngumpat? tgk blk ayat2 ckg kt atas tu.. tu pun tau dah apa kgemaran ckg..

    tahu pun jalan masing2, so xpyah lah nk kutuk kami, maki kami wpun tak senang dgn cara kami, nasihat pun okey ape..

    ade gak rasa antara kawan yg bjaya biz konvensional tp tak pernah dikutuk pun, tapi bile biz ini dikutuk , dimaki pdhal biz ni ajak utk tmbh pndapatan bukan jual dadah pun..

    xpaham kan org2 skeliling...

    betol tu, cube hormati org lain dan cara org lain cr rezeki. dengan adenye entry ni dan komen ckg isza tu pun dah mnunjukkan tidak menghormati kami...

    maaf atas teguran..
    tiada perbincangan kt sini kalu xde entry yng tidak puas hati dengan kami ni...

    wslam..~

    ReplyDelete
  11. yatie ariffin8/18/2010 6:29 PM

    emosional nampaknya en said ni,

    Inikah ciri2 orang nak berjaya....suruh orang nasihat tapi tak nak dengar.dah tu gelar orang malas.

    Saya sekadar berkongsi cerita. kalau nak ajak orang join pun.....fikir2kanlah kemampuan orang.
    Bunyinya mcam jual brg tapi sebenarnya jual air liur saja sedangkan bio aura terperap kat rumah. Entah2 Encik said pun tengah desperate nak cari orang utk bayar modal RM23k yang berhutang tu....sebab tu emosional semacam je. Ciri2 orang berjaya ni'cool' je.

    Sepupu saya bukan main seronok dapat pergi ke sana sini...dia baru pergi umrah...tapi saya dah pun pergi haji (96) sejak anak dara lagi ( bukan niat riak ye). Saya dah sampai ke byk negara dgn wang gaji sendiri...Alhamdulillah saya tak perlu bimbang ada kwn2 saya yang perlu menanggung hutang demi merealisasikan impian saya pergi haji dan tempat lain. Saya tak tahu tentang En said tapi saya....tak sanggup menganiaya kawan2 join sesuatu yang saya sendiri setengah mati nak cari orang melabur 23k. baik saya suruh diaorang masukkan dlm ASB

    Saya akan jawab tentang bab lain di lain masa ye. banyak nak kata ni.

    ReplyDelete
  12. Salam, pn yatie..
    daripada melayan org riak spt awak. Lebih baik saya buat biz. Tak semua mampu seperti awak, tak semua bertuah seperti awak . Saya tak dpt g hi dengan duit gaji mahupun laur negara spt awk.

    Kemampuan? hehe.. kalu ikot semua org tak mampu mcm saya, tp saya dibimbing dan diajar mcmana berniaga melalui markting. Same jugak, kalu tak masuk universiti, mana boleh jd cekgu. Yang tak jadi tu, sbb tak sedia dibimbing.

    Tak dapat cr org? tak dpt jual brg? senang je, ilmu kena penuh didada, br kita yakin lakukan sesuatu.

    Saya tak emosional, tp orang lain emosi sbb dalam hai o ramai berjaya.hehehe.. biasalah org melayu, mena pernah puas hati kalu org lain berjaya. Kalu yg kaya tu, blagak pula, pdhal harta mak ayah..rupanya sy juge gak dlm blog ni org cmtu..hehehe

    banyak nk kata? kol sja sy.. 0176673277.
    Kita boleh berdiskusi.

    ReplyDelete
  13. kasihan sungguh dengan en said yang terpaksa bertegang urat mempertahankan egonya. bertenanglah. segala rezeki, bangun dan jatuhnya seseorang hamba Allah tu, hanya Dia yang tentukan. apalah nak diagungkan dengan mana2 kejayaan pun. tak perlu mendabik dada yang anda berjaya kerana Hai-O. jangan nak melabel mana2 orang pun. kalau saya tergolek terkangkang saja di rumah, tapi Allah panggil saya menjadi tetamuNya... itu juga ketentuanNya. apa yang nak digaduhkan? adakah en said akan kata saya ke Tanah Suci atas harta pusaka ayah saya? kalau lah saya ni CDM bergaji rm70k, Allah tak inginkan saya sebagai tetamuNya, takkan saya jejak kaki ke sana. Kenapa? Allah tak izinkan. yang kelakarnya, bila baca komen awal en said, en said melenting bila puan normah kata alhamdulillah tak join Hai-O. saya rasa en said kena puji puan normah xmasuk Hai-O. kenapa? kalau semua dah nak masuk Hai-O yang amat hebat ni, siapa pulak nak melanggan produk Hai-O tu nanti? samala, kalau semua dah jadi doktor dalam dunia ni, sapa pulak nak kerja tukang cuci? puan normah pilih bidangnya, ternyata dia seorg yang hebat dalam bidangnya. tak perlu lah dia ber biz hai-O mcm org lain.
    akhir kata... bertenanglah bila marah, bersyukur dan merendah dirilah bila berjaya. Allah Maha Agung. hari ni berjaya, belum tentu esok anda di tempat sama.

    ReplyDelete
  14. Kasihan melihat cik noorul yang sgt sakit hati dengan bebelan saya sehingga terpaksa menulis juga. Hehe. Sikap rakyat kita yang suke duduk terkangkang di rumah sangat tidak disukai oleh ALLAH.Dahlah duduk terkangkang, mengutuk orang pula tu, lagi2 bangsa sendiri.. itu lah orang kita~

    Kerjalah kamu sperti 1000 tahun lagi kamu ingin hdup. dan membiarkan bangsa lain menguasai ekonomi negara kita , negara ISLAM contoh.

    Pn normah mmg hebat dlm bidangnya dan saya tak pertikai. Memang tak perlu ber biz sbb suami beliau dah kaya. Apa nk pikir lagi? Kami ni hidup susah. Sbb tu kena cari duit, penuhi impian.

    Sempitnya pemikran cik noorul ni. Jangan rasa bile kita join HAI 0, atau Pn Normah join HAI O, satu malaysia akan join hai o. dan xde sesiapa akan beli produk kita. Saya nk tanya, manusia mkn ramai atau mkn berkurang?

    Dan kita tahu dari dulu pkerjaan yang masih ade smpai sekarang adalah NELAYAN. Ade x kita dengar mkn ramai xjd nelayan sbb ikan dah abis. Hehe.. fikirkan~

    Bukakan minda orang kita. Tak join pun xpe. Entry ini wujud bile Pn normah xsuke dengan CDM, dngan HAI O, dengan EN TAN, dengan org bekerumun memuji CDM tu surat khabar. Sbb tu entry ini wujud..

    Kalu org Bangsa lain berjaya, ade org kita kesah? tak kan..

    Pn Normah diam terus ke? sbb suruh kwn2 jwb ek? hehe..

    Jgn bertegang urat ye cik noorul.hehe
    Salam Ramadhan~

    ReplyDelete
  15. saya menunggu2 juga balasan en said ni. itu saja? kasihan... lama juga ambil masa memikir ayat power untuk membalas.
    oh? suami puan normah ni org kaya. saya tak kenal keluarga puan normah. patutlah en said berdendam sangat, ye la, panas hati tengok orang2 kaya ni... dah la taknak beli barang hai-O, join jauh sekali.
    saya rasa kalau org atasan hai-O sedar yang en said ni bertegang urat dengan potential customers, mesti en said dapat susah. saya ni, bukan potential customers je, memang one of the many satisfied customers pun. ha ha (ketawa dua harkat).
    this should be the last comment made by me. i don't think this discussion is going anywhere. but talking such a person like u is a bad omen. sekarang ni ramai sangat kes2 mentally disturbed people sembelih orang sana sini. jadi, mengalah bukan bererti kalah... ha ha.
    i wish u all the best with ur business. selamat beribadat di bulan ramadhan. salam. astalavista!

    ReplyDelete
  16. I wish u all the best too.

    Cuma nak jugakkk menambah sikit, saya ni ada jugak gi rumah member yg kata dah jadi jutawan Hai O, biasa je rumah dia.Tak kaya mana pun. Dah bertahun-tahun saya tengok 'Jutawan hai O' dok ramai tu jer...tak bertambah2.

    Apa-apa pun fikirkan sejenak, ade ke seorang cha ya nun alif yang nak seorang 'mim lam alif ya wau' menjadi kaya raya....takkan punya. Dia hanya menggunakan ketamakan Melayu untuk mengkayakan diri sendiri.

    Anyhow...just to let u know that I didn't come from a rich family. Biasa je....cuma bila kita bekerja dengan ikhlas, rezeki itu Allah beri dengan mudah dan berkat, ibarat makan tak habis.

    Saya amat bersyukur, Tuhan memberikan rezeki yang tidak diduga demi menjadikan saya tetamu Nya.

    Seperti Norul, this is my last comment here.Bertegang urat dgn Encik Said ni tak memberi apa2 faedah baik kepada saya, cikgu Normah dan kawan2 di sini.

    Bulan November ni saya akan ke China dan Disember ni ke Vietnam...pakai duit gaji seorang guru je....tak banyak mana pun tapi Alhamdulillah BERKAT .

    Norul, saya rasa En tan pasti tersenyum panjang melihat semangat En said. Makin kayalah dia dengan adanya customer cam En Said dlm Hai O.
    Again all the best to u....En Said.

    ReplyDelete
  17. Lagi satu nak tanya En said,

    En said kata En Said telah diberi tunjur ajar tentang cara nak cari orang dan jual barang.

    Pasti cara En Said bertegang urat dengan kami di sini adalah antara tunjur ajar dan ilmu mencari orang yang diajar dalam Hai O.

    Tapi apasal ye saya langsung tak teringin nak masuk hai O selepas membaca leteran En Said. Kalau saya teringin pun , saya rasa lepas baca komen En said, terus tak jadi masuk.

    Bukan nak kata....tapi terpaksa kata, saya percaya Encik said bukan antara yang akan kaya dengan Hai O...sebabnya...sikap tu tak berapa betul sikit. Setahu saya....selama berkawan dgn orang2 yang berjaya ni, diaorang sembahyang tak tinggal,mengaji kena kerap, banyak muhasabah diri, dalam kereta mesti selalu buka ayat-ayat Alquran,tidak memandang rendah orang lain, doa untuk kaya mesti diamalkan setiap waktu.

    Sebab mereka jadi begitu sebab mereka sedar harta yang mereka idamkan milik Allah yang Esa, jadi kalau nak minta jadi kaya pun...kena lebih merendah diri kepada Allah dengan melakukan segala kebaikan.

    Saya cakap betul ni....mmg sorang yang dinamakan 'jutawan hai O' ni pernah kata cam tu kat saya.saya dan kawan dulu selalu juga pergi rumah dia. Actually kalau kita selalu minta dari Allah, kerja tak banyak mana pun...rezeki tu tetap milik kita. Tak semestinya bila bertegang urat menunjukkan semangat membara itu akan menjanjikan kekayaan kerana hanya Allah yang berhak menentukan berapa banyak yang Allah nak beri.

    saya tak fikir...bertegang urat menegakkan benang yang basah dan memprkecilkan rezeki orang lain sesuatu yang Allah sukai.

    Saya cdgkan En Said muhasabah lebih sikit. Mungkin apa yang saya kata ade kebenarannya.
    salam
    Belum tentu dengan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.