Thursday, November 19, 2009

sekolah kehidupan

hari ini ada antara anak-anak kita yang sedang tersenyum lebar.
mungkin sedang menuntut hadiah yang dijanjikan oleh kita,
kerana cemerlang dalam upsr nya.

tapi ada juga yang sedang bersedih.
bukan kerana teruk pencapaiannya, tetapi kerana sasaran tidak tercapai.
harapkan 5A, cuma mendapat 4A 1B,
itu yang terjadi pada anak buah saya.
sedih memang jelas tergambar di riak wajahnya.
tutur katanya lemah, tidak ada rasa ria dan ceria.

kasihan.
masih muda, sudah terpaksa menerima erti kecewa dalam hidupnya.
namun saya pasti, ini adalah didikan dari Allah untuk dirinya.
agar beliau menjadi insan yang tabah,
mengetahui bahawasanya kejayaan tidak selalu berada di depan mata,
walau usaha sudah meninggi gunung.

pastinya Allah sedang menunjukkan padanya,
bagaimana perlu ada redha dalam dirinya,
dan bahawasanya ketentuan Allah kekadang memang pahit untuk ditelan.

dan dalam diam ini saya doakan moga jiwanya makin kental,
kerana kesan didikan ini nanti, harapan saya agar beliau menjadi muslim yang lebih berjaya di dunia ini dan akhirat nanti.

* utk kak ngah, buah hati asyiq juga, auntie doakan yang terbaik.
juga untuk jad, buah hati pnkartini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.