Wednesday, December 21, 2011

tuiiii.....

Seekor haiwan apabila diusik, bagaimana sifatnya? 

Bergantung haiwan apa, kan. Kalau seekor kucing diusik tentu dia akan mengeluarkan kuku runcing yang tersembunyi dan cuba mencakar serta menggigit, seekor anjing pula akan menderam, merenung tajam dan pantas akan menerkam. Berhati-hati. Jangan sengaja mengusik jika tidak punya kebolehan mengelak dan berlawan.

Tetapi kalau mengusik dengan tujuan memprovokasi dan mengacah-acah , bagaimana?

Hasilnya juga sama. Si kucing dan anjing mana tahu membeza provokasi atau serangan sebenar, kerana otaknya tidak beserta akal.

Manusia, seperti kita, ramai juga... ah, memang ramai yang masih duduk pada aras sama naluri mempertahankan diri seperti si haiwan. Pantang diacah dan diprovokasi, melentingnya mengalahkan Panglima Melayu. Amuk sekampung.

Ini nilai! Ini jati diri! Ini maruah dan harga diri!

Ya, maruah kita perlu dijaga dan ditatang. Perlu diletak tinggi dan dijulang, jangan ada yang berani menurunkan dan menaikkannya semula sesuka hati.

Persetan dengan anak dan diri kita yang semakin kesat kata dan bahasa, yang semakin melekat punggungnya mengadap sinetron Indonesia saban waktu, yang semakin lemah jati diri, membulat dan melonjong mengikut bentuk dan acuan bangsa luar tidak kira siapa, yang tidak lama lagi akan melonjak dan berpesta menyambut tahun baru. 

Persetan itu semua. 

Yang penting, melenting ini, kena lihat dan tahu bagaimana. Panglima Melayu melentingnya sebegini. Menjerit , berteriak dan meludah. Anak-anak muda, belajarlah. Ini cara yang sewajarnya. 

*ahhhhhh.... !! rasa nak meloya pula tiba-tiba*


sumber

acara meludah di sini

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 20, 2011

keakuan

Dalam misi mencari perempuan di Hat Yai hari itu, sempatlah menghabiskan buku yang telah agak lama mula dibaca dan terasa lambat betul menghabiskannya. 

Saya jenis yang boleh membaca di dalam kenderaan yang bergerak, alhamdulillah, dan saya tahu ada juga manusia lain yang tidak boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Nanti akan sakit kepala dan muntah-muntah. Nasib baiklah saya bukan jenis yang itu. Jadi, perjalanan 12 jam dari Hat Yai ke Kuala Lumpur, di waktu siang, saya ambil peluang membaca.




Eat, Pray, Love oleh Elizabeth Gilbert.

Tiga bahagian. Eat. Pray. Love. Mengisahkan 3 fasa yang dilalui oleh Elizabeth mengatasi kemurungan dirinya akibat gagal dalam rumah tangga dan cinta barunya yang tidak kesampaian. 3 fasa ini berlaku di 3 tempat yang berbeza iaitu di Rom, India dan Bali.

Saya kira, sifat berdikari dan kemampuan ekonomi, hasil jualan bukunya sebelum buku ini , telah membantu beliau untuk mengembara mencari erti diri. Kalaulah saya punya keberanian dan kemampuan sebegitu, ingin juga mengembara ... hehehe.

Sesungguhnya, dunia ini adalah sekolah kehidupan. Ia wujud sebagai tanda dan peringatan bagi kita dan supaya kita lebih mengenal Penciptanya. 

Tiga perempat dari buku ini, saya kira mengisahkan bagaimana Elizabeth menelusuri laluan meditasi untuk sampai kepada ketenangan. Dia mengambil keputusan tinggal selama 6 bulan di  salah sebuah Ashram (kawasan persendirian  khas dibina sebagai tempat mencari sisi spiritual)  di India, berguru dengan seorang Mahaguru Yoga. 

Saya tidak banyak tahu tentang Yoga dan kaedahnya, misi dan visi mereka.

Buku ini memberi sedikit pendedahan tentang Yoga dari sudut meditasi dan usaha mencapai kesatuan dengan Tuhan dalam diri. Dan jangan terkejut ya, mereka memang mengiyakan kewujudan Tuhan yang satu. Cuma persepsi dan perspektif mereka merealisasikan kesatuan Tuhan dalam diri itu ialah dengan apa cara sahaja yang dirasakan boleh.

Pendapat saya tentang buku ini?

Sederhana. Walau pun lebih 10 juta buku ini telah terjual, saya merasakan buku ini lebih bersifat superficial dalam usaha mencari dan mengenal erti diri.

Terlalu keakuan.

Tetapi, dua kali fikir... memanglah. Ia memoir tentang perjalanan penulis, dari kaca mata dan rasa dirinya. Pastinya penuh dengan keakuan.

*sedang mencari buku lain pula untuk dibaca. Ada cadangan?

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 19, 2011

mencari perempuan di Hat Yai





Pernah ada pengalaman hendak terbuang air kecil melampau, dan anda dalam bas yang destinasi terakhirnya lagi 4 jam dan bas tersebut baru sahaja bertolak dari berhenti rehat ?

Bila bas bergegar sedikit akibat jalan tidak rata, terasa seperti pundi kencing anda hendak melimpah keluar. Sejuk alat penghawa dingin dalam bas , mencucuk hingga ke tulang dan sedikit pun tidak membantu usaha hendak menahan diri dari membuang air kecil. 

Tandas dalam bas?

Tak ada, dik oi. Ini bukan kapal terbang , ada tandas kecil yang sempit, tapi cukuplah bagi memasti kehendak haiwani membuang lebihan badan dilangsaikan.

Dengkur tidur orang di depan menambah resah dan gelisah, terasa hendak menggerakkan badan juga menjadi azab, takut air kencing terkeluar tanpa dapat ditahan.

Kan saya dah pesan, tadi, buang air . Bas ni tak berhenti dah, terus sampai ke KL.

Encik Abang dah membebel.

Ah, terasa bersalah itu menggunung.

Ya, saya dah buang, terlebih makan buah lah tadi ni, beli tadi masa bas berhenti.

Perlahan, berhati-hati, takut mengganggu penumpang lain yang sedang lena dibuai hayunan gerakan bas, saya menggagahkan diri mohon bantuan dari pemandu.

Muka driver  bas berubah. Nada suaranya ditahan untuk tidak marah. Saya tahu. Saya mengganggu rutin perjalanan bas tersebut. Namun sifat belasnya terhadap makcik seorang ini mengatasi. R&R Tapah menjadi tempat perhentian tidak berjadual bagi perjalanan  Konsortium Bas Ekspres Hat Yai - Kuala Lumpur yang bertolak dari Hat Yai pukul 12.00 pm  waktu tempatan di sana.

Tq. Tq... terima kasih, terima kasih, moga Allah merahmati anda driver bas semalam. 

Nak beritaulah, tu, saya ke Hat Yai kan. Haha... first time ke Hat Yai, dan pertama kali juga menaiki perkhidmatan kenderaan awam jenis darat , sepenuhnya, ke Thailand. Dari rumah , menaiki LRT ke Pudu Raya dan dari Pudu Raya ke Hat Yai menaiki bas. Alhamdulillah, bas berhenti di hadapan hotel tempat kami menginap di sana. Duduk 1 malam sahaja di sana, asyik kerja makan dan makan. 

Pengalaman pertama ke Hat Yai  bagaimana? Oklah, sebab saya pun tak lama di sana. 

Saya kira bandar Hat Yai hidup , sebahagian besarnya dibantu oleh kunjungan rakyat negara kita. Ramai sungguh. Termasuklah saya. Beranak pinak ke sana, berbondong-bondong, dengan kereta, van dan bas.

Tunjuk gambar sikit :)

Di Pudu Raya Sentral, terang benderang dan lapang, tapi, geram sebab masa pergi tandas., bayar 30sen, tidak diberitahu air di tandas tak ada. Pak Mat Indo jaga toilet,  bab kutip duit bukan main, bila saya keluar dari tandas dan ditanya padanya , baru dia kata, ya, air tak ada...

Bayaran tambahan RM10 untuk tiket bas ini kerana ada kemudahan menonton video dan mendengar lagu. Tapi TV belah saya rosak tak boleh diguna pakai.. emmm... 
Lobi Hotel.  
Hari pertama, sesampai di Hat Yai, bersarapan pagi di Restoran Salma.

Makan tengahari di Restoran Hamid

Mengingat Tuhan di mana sahaja...

Jualan Kraf

Minah Muslim ini menjual papan tanda kreatif

Di kawasan Pasar Terapung. Hudang Goring = Udang Goreng bertepung

Harith marah kerana dipaksa bergambar

Ramai makcik-makcik yang menjual makanan ini 

Barangan biasa di tepi jalan

Hari Ahad di tepi jalan

Pondok Polis

Mc Donald dan KFC mengejar populariti melebihi Raja Thai


Berurut di kedai Mali


Kedai urut memang banyak. Ada banyak jenis urutan, saya cuma berurut kaki 250 baht sejam, lebih kurang RM25 kitalah. Ramai orang Malaysia yang berurut, memotong rambut dan membuat tata rias kuku (pedicure dan manicure). 

Percutian yang ringkas dan tidak kompleks. :)

*ramai perempuan yang dijumpa di Hat Yai  tapi tidak yang disenarai hitam :]

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 17, 2011

dah sah, ke neraka lah kamu

Bila ditanya bagaimana hendak menyelaraskan sunnah Rasulullah dan kehendak agama itu sendiri dengan situasi semasa yang kadang-kadang begitu sukar mengikut pengalaman masing-masing, Syeikh Hamza Yusuf  tidak menjawab soalan tersebut, tetapi membawa kisahnya sendiri, yang membuatkan saya juga terfikir.
The Prophet s.a.w. , he said, that Islam began as an alien thing and it will return to being an alien thing, so blessed to all the alienated ones and the world is an alienating place and we all going to be dead in this room within at least, you know, the maximum hundred years and there'll be a whole new group of people debating and discussing, maybe, maybe not, but you know it is very difficult .
I was on an airplane going to Quwait and I sat next to Muhammad ad Awadhi, who is the famous TV presenter there, very brilliant Quwaiti guy, the stewardess came, and she had Aisya on her name tag and I asked where she was from and she said, Senegal. 
And then Muhammad-ad-Awadhi  - she didn't had a hijab on - he said ..., "Are you able to pray on the plane?" 
And she said, "Yes." 
And then he said  " Can I ask you a question?" 
And she said "Yes"  and he said, " How do you feel about serving wine on the plane?". 
She said ,"It is really hard ... but I always use my left hand and..." 
I was so moved by that ,  that attempt , in such an incredibly circumstances, to be as true as she could to what she believe was right because  Muslims deal with  foul things with their left hand and.. a lot people are struggling out there. So May God bless you.

Jawapannya pada minit ke 2:42:41.

video ini agak panjang dan pengisiannya agak berat, 
saya menghabiskan dengar dalam 2 hari ... :)


Ah, saya sendiri terpukul. Merasakan saya lebih baik dari orang lain. Sebab saya berhijab, sebab saya solat 5 waktu dan sebab pekerjaan saya tidak terkait dengan menghidang arak dan sebagainya, maka saya lebih layak masuk syurga. Sungguh tertipu dan bodohlah saya dan mereka yang seperti saya! Bukan begitu ? 

Bukan semua orang punya pilihan dalam hidup terhadap apa yang boleh dilakukan dalam hidupnya. Banyak faktor yang mempengaruhi kerana kehidupan itu sendiri begitu kompleks. 

Hidup ini bukan sekadar putih atau hitam. Bukan ternoktah atas haram atau halal sahaja. Bukan juga kita yang punya neraca untuk menentu , ha, syurga lah kamu atau ke nerakalah tempat kamu. 

Bukan. 

Kita melihat kerana diberi peluang untuk melihat dan moga penglihatan kita itu tidak dikaburi dengan ego diri kita.

Selamat berhari Sabtu semua, moga pandangan kita jelas, sejernih hati kita.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...