Friday, December 30, 2011

siapa yang tak ada dosa?

Saya memang kagum dengan orang yang bijak bercakap di khalayak ramai dan bijak menaikkan semangat pendengar.

Kebolehan itu bukan milik semua.

Dikatakan Allahyarham Soekarno adalah seorang orator  atau pemidato hebat di zamannya. Begitu juga Hitler .

Saya kira, salah satu ciri pemimpin yang baik ialah kebolehan beliau menyampaikan misi dan visinya dengan jelas dan boleh difahami. Kekuatan untuk berkata-kata dan bertindak. Serta amanah dalam langkahnya.

Itu dua ciri bagi kita memilih pemimpin. Kuat dan amanah. Itu pun kalau kita diberi peluang dalam pemilihan kepimpinan. Itu sahaja sebenarnya menjadi dasar dalam pemilihan. 

Sebenarnya baru balik dari menghadiri taklimat tugas di sekolah bagi sesi 2012. Kerja biasa dan bukan luar biasa.

hendak menunjuk tulisan saya sebenarnya , hihihi...

Sudah beberapa minggu ini meninggalkan pen tanpa dijenguk, terasa agak kaku pula hendak menulis.  :)

Bukan hendak bercakap tentang pemimpin. Tetapi hendak menulis tentang dosa dan doa. Maklumlah , hari ini kan hari Jumaat, penghulu segala hari, yang di dalamnya ada saat dan ketika bila mana kita berdoa, akan Allah kabulkan doa tersebut.

Sedangkan permintaan si Iblis pun Allah makbulkan, inikan pula permintaan insan.

Doa ini manusia mintak kat Tuhan. Bila kita mintak kepada Allah percayalah, bila orang tu mintak betul-betul pada Allah, Allah bagi. Tak ada doa Allah tak bagilah. Ini bukan sesi, kalau nak ceramah (pasal) doa, sejam. Tak ada doa yang Allah tak bagi. 
Ajaib hidup ini dengan doa. Ajaib, ajaib. 
Tuan-tuan kalau pikir kerana doa kita tu, kalau tak entah berapa banyak lagi hidupan kita, dari satu kesusahan ke satu kesusahan yang telah kita keluar. Pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa dan kita sangka macam kita tak boleh keluar. Pada hari ini kita dapati berapa banyak kesusahan telah kita rentasi dan kita pun telah melupai sebahagian besar doa yang telah kita sebut.  ~ Ustaz Asri (bermula minit 21:08)


Manusia berhubung terus dengan Tuhan. Dia mintak. Iblis mintak supaya dipanjangkan hayatnya sehingga hari kiamat, Tuhan perkenankan iblis tu. Padahal derhaka betul dia tu pun  boleh (Allah makbulkan). 
Takkan hambanya yang sembahyang , mintak,  Dia tak bagi. Tentu Dia bagi. 
Cuma, bila Allah memperkenankan sesuatu hajat, Dia memperkenankan dalam berbagai rupa. Manusia kadang-kadang dia mintak - saya selalu sebut - kadang-kadang dia mintak wang, sebenarnya dia bukan nak wang, dia nak kebahagiaan. Tapi dia sangka dengan ada wang, ada kebahagiaan. Allah kadang-kadang tak bagi wang sebanyak yang diharap, tetapi Allah bagi kebahagiaan pada dia. Tapi dia dok sangka, yang aku mintak tu tak sampai-sampai lagi. Tak... Tak, sebab sebahagian besar hayat kau telah kau kecapi nikmat itu. ~ Ustaz Asri  (bermula minit 26:00)

Mendengar kata-kata Ustaz ini sejuk hati mendengarnya. Terutama bab taubat. Alahai. Sungguh. Terasa sungguh rahmat Allah itu begitu luas dan bermakna.

Kalau ada masa, terbuka hati, dengarlah. InsyaAllah , Allah mudahkan kita untuk mendengar.

Salam petang Jumaat semua. 

*jangan sekadar lihat orang yang berkata, tapi ambil kebenaran dari katanya :) 

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 29, 2011

dah bagi betis nakkan peha

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. 

Masa sihat, muda, senang, hidup dan masa lapang. 

 Ah. 

 Esok. Jumaat terakhir bercuti untuk tahun 2011.  *sigh*

Ini lah manusia. Dah diberi betis hendakkan peha. Peha ayam lebih enak rasanya dari betis ayam kan. Dan orang bilang, rezeki jangan ditolak. Kalau dah ada peha ayam depan mata, tentulah kita tolak tepi dulu si betis ayam. *mood merepek* 

Cuti-cuti buat apa ya, selain dari berjalan menghabiskan duit dan mengunyah menambah lemak? 

Membaca dan menonton. 

Saya kurang membaca surat khabar. Saya tahu bukan saya seorang yang begitu. Ramai yang sefikiran dengan saya. Kadang-kadang menyelak juga surat khabar, sekadar melihat tajuk. Tapi selalunya saya menyelak twitter, kalau ada isu-isu panas, cepat sikit boleh diketahui dari garismasa twitter itu sendiri. Ramai yang akan mengupdate. 

Seperti yang mamamurai tulis dalam blognya tentang sesak nafas membaca surat khabar lewat ini, dengan isu politik yang tidak sudah, samalah rasanya dengan saya. Kalau tidak isu politik, mesti kisah berbunuhan, masalah sosial yang diperincikan jelas tentang awang hitam dan kelabu atau kisah kahwin cerai dan kisah dalam kain artis-artis yang saya tidak kenal. 

Bosan. 

Kalau dah 45 tahun mengadap benda yang sama, tak rasa bosan ke? Ok lah, saya tipu. Tak adalah sampai 45 tahun. Saya hanya membaca surat khabar secara serius pun rasanya bila umur belasan tahun.  

Kenapa bosan? Macam mana Melayu hendak maju? Baca suratkhabar pun tak nak, isu politik adalah tentang masa depan generasi kita. Kalau setiap dari kita tidak ambil kisah tentang politik, nanti bila orang lain yang berkuasa, salahkan diri sendiri. 

Eh , betul. Memang betul, tapi saya pun manusia biasa. Bosan. 

Bosan sebab medan politik kita penuh dengan dendam kesumat, kejian, cacian dan makian . Dalam menaikkan semangat , kita menggunakan segala kelemahan pihak lawan sebagai senjata, seolahnya kita ini pakar segala dan maksum amat. 

Menonton. 

Jarang sangat saya menonton siaran di TV. Walau bila senja menjelang, garismasa twitter penuh dengan si Dhia, betapa kuat dan tabahnya si Dhia , sedikit pun saya tidak teringin hendak menonton. Ramai yang menyampah dengan mak mertua si Dhia dan mengasihani nasib si Dhia. Dalam twitter siap maki hamun mak mertua atau si Zikir. Entah, saya pun tidak menonton, jadi saya pun tak tahu duduk perkara. 

ambik gambar kat sini 


Kerana saya peminat tegar Dr Muhaya, jadi saya cuba menuruti pesanan beliau. Untuk memilih emosi saya. Saya memilih untuk tidak mahu bersedih dan marah. Kerana itu saya tidak menonton drama sebegitu, walau saya tahu ia sarat dengan mesej yang baik. 

Membuat pilihan ke atas emosi saya. 

Itu azam saya. Kerana banyak pilihan yang saya buat selama ini yang silap dan tidak patut . 

Azam kengkawan? 

 ~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 28, 2011

janganlah saya disalah faham


Apa juga cara komunikasi yang diguna, pasti silap faham atau salah faham boleh berlaku.

Niat sahaja tidak cukup bagi memastikan apa yang terselit dan terdetik dalam fikiran atau perasaan itu bisa difahami jelas oleh orang lain. 

Sedangkan lidah yang saban saat bermanja dengan sang gigi boleh juga digigit tanpa niat, apatah lagi insan yang bergelar rakan taulan atau kaum kerabat yang kadang timbul atau hilang dari pandangan. Kadang, pandang mata juga boleh disalah tafsir, senyum meleret juga disalah faham.

Mendengar lagu Don't Let Me Be Misunderstood  oleh  Saudara Yusuf Islam , sangat mengena perasaan.

People, do you understand me now,
If sometimes I feel a little mad
Don't you know no one alive can always be an angel
When things go wrong I seem a little sad
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

You know sometimes, I'm so carefree
With a joy that's hard to hide
Sometimes seems that all I have is worry
And then you're bound to see my other side
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

If I seem edgy, I want you to know
That I never mean to take it out on you
Life has its problems and I get more than my share
But that's one thing I never mean to do
I don't mean it

People, don't you know I'm only human
Don't you know I have faults like any one
But sometimes I find myself alone regretting
Some little thing; some foolish thing that I have done,
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
Don't let me be misunderstood
I'm just someone whose intentions are good
Don't let me be misunderstood,
Don't let me be misunderstood

Lagu ini asalnya dinyayikan oleh Nina Simone pada tahun 1964. Lagu ini menjadi hit pada tahun 1965 , apabila dinyanyikan oleh kumpulan The Animals.




Kita semua manusia. Saya juga manusia, punya silap seperti manusia lain. Dan kadang dalam sendirian saya juga menyesali perkara-perkara bodoh yang telah saya lakukan dalam hidup.

*suka betul rangkap yang terakhir itu

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 27, 2011

comellah makwe ni

Saya melalui 3 fasa peralihan semasa sebelum berkahwin.

Fasa apa ya? 

Fasa mengenal hijab.

Lewat tahun 70 an, bersekolah menengah rendah di Ipoh, memang zaman tidak mengenal hijab. Malah waktu itu rakan-rakan di sekolah semua tidak berhijab, kerana sekolah itu sendiri majoritinya bukan beragama Islam. 

Ada seorang senior di sekolah itu waktu itu yang berhijab. Dia seorang sahaja. Dan saya merasa pelik dan tidak faham kenapa dia perlu berhijab.

Bersekolah di sekolah asrama penuh, baru mengenalkan saya erti hijab. Itu pun saya kira saya mengenakan hijab atas desakan suasana, tidak ingin menjadi pelik tanpa hijab di kalangan rakan-rakan yang berhijab.

Berhijab atas desakan suasana.

Memasuki Pusat Pengajian Tinggi awal tahun 80an, saya menjadi lebih serius menjaga aurat dan mengenakan hijab . Kefahaman dan kesedaran tentang kurang ilmu dan amal menjadikan saya mendekati rakan-rakan yang punya iltizam dan cara didik yang lebih Islamik. 

Dan waktu itu juga suasana kebangkitan kesedaran Islam seolah melanda pusat-pusat Pengajian Tinggi tempatan, dan ia membantu saya menyemarakkan pemakaian hijab yang lebih sempurna dari yang saya amalkan sekarang.

Sekarang ini pemakaian hijab di kalangan wanita Muslim bukan menjadi masalah besar. 

Tidak masa zaman itu. 

Cara berhijab juga sudah pelbagai. Saya lihat anak-anak gadis sekarang memang pandai sungguh mencorak dan memperaga hijab. 

Dan memang manis-manis  sungguh mereka. 

Tiada alasan kelihatan hodoh atau tidak ranggi jika berhijab. Satu contoh di bawah ini. Comel lah makwe ni!  :)

  
Saya ingatkan dia pakai anting-anting terkeluar ! Ini namanya 'Square Hijab'

Nak cuba?

Ikutlah tutorial di bawah.



Rupanya banyak sunggoh tutorial mengenakan hijab berbagai gaya dan rupa. Kreatif sungguh.

Saya?

Emm.... dah tetua ni, sarung aja kepala dengan tudung ala Indo tu. Senang.



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...